~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, February 13, 2012

::: Bapaku kini... :::

::: Bapaku kini berada di Dubai.. Hanya utk bermain golf ??!!

Hurrrmmmm... Semoga berjaya dlm tournament itu abah.. ;p..

Terasa seperti mahu kirim kain ela yg mengujakan drp Dubai. Tp, perasaan gundah gulana hati ni, memikirkan perasaan abah dlm memilih kain !

Friday, February 10, 2012

::: Puding Suka hati :::

::: Hidup tak keruan kalau tak reti masak. tapi bagi lelaki itu adalah kelebihan. sebab mereka (lelaki) tidak akan disuruh ke dapur untuk memasak dan menghidangkan makanan yang enak2 utk isteri. oh ya! Mr Mama mcm mana?? itu hanya cerita. cerita tak semestinya betul. penulisanku juga tidak semestinya betul........ betul?? heheheh

Ok. rumahku kini sudah ada oven. Bukan kini. sudah lama. tapi tidak digunakan lagi. malah plastik2 di dalamnya masih ada tersusun rapi. "abg, azam syg tahun baru ni, nak belajar buat kek" Dengan angkuh die menjawab " eh, rumah kita ada oven ke???" OMG. Suami memperli isterinya dan lalu mereka ketawa bersama-sama. Ahhh... (geli dengan ayat sendiri)... Sudah.

Dulu di rumah lama saya selalu menjamu suami dgn bermacam2 dessert. Mungkin semangat rumah baru masih belum ada. Atau mungkin sifat malas bermaharajalela di dalam diriku ini. Atau mungkin sejak ada anak diri ni macam takde masa. Atau mungkin hari cuti hujung minggu ku terisi dengan buaian enak mimpi selama seploh jam. hey.. lama sgt ko tido tu... tidak mustahil bukan?? Maka kekadang harus juga tunjuk rajin dengan memasak yg luar biasa. Bagiku memasak lauk makan tengahari bersama dessert dan air buah adalah luar biasa. Mungkin ianya tidaklah se best masakan Masterchef Ezani (walaupun ada yg mengatakan muka ku seiras ezani). Perasan. Atau tudungku seiras Ezani. Atau kurusku seiras Ezani. hahaha (tangan di bahu, mata ke atas, sambil mulut ternganga)

Inilah hasilnya. Ianya tidaklah seberapa. tapi bagiku ianya sangat "seberapa" dan enak , tambahan lagi dihidangkan oleh tangan sendiri. cewwaahh. macam magik. senang sgt puding ni. tidak mencabar langsung. Sebab senang lah, aku rajin nak buat. Kalau susah, haruss aku berfikir duaploh kali nak buat. *_*

Oklah. entry ni bukan entry "resepi masakan melayu" , atau "1001 resepi pencuci mulut." Bukan niatku nak tulis resepi di sini. Sebabnya semua org dah tau resepi die apa. senang cerita. Aku hanya nak membanggakan hasil titik peluhku dengan gambar2 di bawah...



puas hati?












amik lagi...

Apsal gambar aina plak yg ada dalam ni... ?? mungkin sebab aina memakai baju yg agak cantik pada hari itu...


Sudah. Bila dah buat puding harus berangan nak buat kek. dan seterusnya cupcake, dan seterusnya wedding kek. yeeehhuuu... sila cabar saya sekarang!!!


tinggg!!!!


siap dah wedding cake...






pasti kamu rasa menyampah ditipu. baiklah. halakan cursor mouse ke bahagian kanan atas. lalu klik di tanda X . sekian..

Monday, February 6, 2012

::: Cerita Jalan2 Yg Baru Dan Lama :::

::: Suami sy mmg tidak suka untuk berjalan. malah juga bercuti. sehingga dipaksa untuk diajak berholiday juga mcm dipaksa untuk berjalan kaki. eh, tidak. mmg die tidak suka berholiday. senang cerita. Saya tidak begitu. malah meng”offer” diri untuk dibawa berjalan. walaupun di depan rumah. mungkin itu tidak dianggap berholiday. tp bg sy ia satu kesyukuran.

Singapura di mata dunia mmg sekangkang kera dengan Jb. Malah kurang daripada seekor kera. Mungkin??.. tp , di dalam pemikiran subjektif suami sy, ianya seperti sejauh merentasi Banjaran titiwangsa. Maka, harus mencari alasan untuk berjalan tatkala cuti CNY yang agak lama malah berderet2 dan meleret2… sehingga beberapa hari. Maka ianya mustahil utk duduk saja menghadap dinding rumah! (walaupun baru)… ahahahah… sy harus keluar! keluar! keluar drp rumah tatkala cuti panjang! atau sy akan pengsan di hadapan dinding rumah (yang baru)… (wajib sebut lagi)… ;p

Alasan yang kukuh untuk berjalan ke Singapura adalah untuk menghantar pulang makcik yang dtg ke rumah kami (yang baru)… (muntah skrg!! ahaha)….

perjalanan keluar pada jam 7.45 malam dan pulang pada jam 1.00 pagi… Mmg seronok pada saya untuk menghabiskan masa dengan berjalan.. dan juga menghabiskan duit. tp, trip kali ni tidak merugikan kerana duit yg ditukar tidak digunakan langsung. Kami dibelanjakan oleh kazen kami di sana… Menikmati makan malam di east coast mmg sgt sedap ambil menikmati angin sepoi2 dwi bahasa.. anak happy.. suami happy.. isteri mustahil tidak happy..

kemudian kami ke Marina Barage… (hanya drp jauh).. Ingin menunjukkan rafi singa si Merlion.. tp malangnya die tido seperti singa lapar… Merlion pon agak tiada mood kerana rafiq tidak menjumpanya sehingga tidak ada pancutan air di mulutnya… (rosak mungkin)… oleh itu, anak sy tidak rugi melihatnya sbb die tidak cantik pada malam itu… (apakah???)

IMG-20120123-00940 IMG-20120123-00945 IMG-20120123-00947 IMG-20120123-00950

  Tgk singa pada jam 12 tgh malam…

IMG-20120124-00953 Kereta kami?? pasti mustahil… kereta bernombor plat “S” bersama logo diraja Johor… pasti ianya milik DYMM S****N Johor

 

ok.. cerita Singapura sudah tamat di sini.

Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yg juga meleret2 dan berderet2… Maka harus berjalan lagi. Kami balik ke Ipoh. Sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga suami di Ipoh. Malah ke Baling juga kami pergi. Tidak cukup itu. Ke Penang juga kami jejaki. jauh perjalanan luas pemandangan. Dalam satu hari, kami ke tiga negeri. (tak hairan?) cuba buat… heheheh

ok. di baling seperti biasa melawat saudara dari satu rumah ke satu rumah. sehingga perut pon kenyang sampai nak pengsan. heheh. tipu.

kemudian kami ke penang lalu jalan2 dan makan2 sampai kenyang lagi. saya jarang ke penang. tp sejak akhir2 ni, jadi rajin pula ke penang. penang mmg best. nasib die jauh dgn jb. kalau tidak, pasti sy bertambah best. hahah. ok. cerita kami pegi makan pula. Baiklah, saya suka makan. semua suka makan. tp rafiq tidak suka makan. (tidak mustahil)… kami makan di Hammer Bay. Agak sedap dan menyelerakan. kali ini satu keluarga cukup. semua ada. yg sudah lahir. yg belum lahir. yg sudah kawin. yg bakal kawin, pun juga ada. maka semua happy. happy sebab dapat jumpa dan dapat makan… (boleh??)

Gambar di Hammer Bay hanya ada satu. sebab saya bz makan. sekian.

IMG-20120205-00981 Dahlah hanya satu. Gambar mereka pula.

Ini bukan di Hammer Bay. tapi di dalam kereta. Ilustrasi menunjukkan betapa tidak tahu diamnya anak saya itu.

IMG-20120205-00975 Kerunai-20120205-00980 Mana gambar orglain????? ada dalam kamera orglain… heheheheh…

apa daaa…

ok. itu saja entry pasal jalan2 dan makan2… alhamdulilah kenyang…

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...