::: Hidup tak keruan kalau tak reti masak. tapi bagi lelaki itu adalah kelebihan. sebab mereka (lelaki) tidak akan disuruh ke dapur untuk memasak dan menghidangkan makanan yang enak2 utk isteri. oh ya! Mr Mama mcm mana?? itu hanya cerita. cerita tak semestinya betul. penulisanku juga tidak semestinya betul........ betul?? heheheh
Ok. rumahku kini sudah ada oven. Bukan kini. sudah lama. tapi tidak digunakan lagi. malah plastik2 di dalamnya masih ada tersusun rapi. "abg, azam syg tahun baru ni, nak belajar buat kek" Dengan angkuh die menjawab " eh, rumah kita ada oven ke???" OMG. Suami memperli isterinya dan lalu mereka ketawa bersama-sama. Ahhh... (geli dengan ayat sendiri)... Sudah.
Dulu di rumah lama saya selalu menjamu suami dgn bermacam2 dessert. Mungkin semangat rumah baru masih belum ada. Atau mungkin sifat malas bermaharajalela di dalam diriku ini. Atau mungkin sejak ada anak diri ni macam takde masa. Atau mungkin hari cuti hujung minggu ku terisi dengan buaian enak mimpi selama seploh jam. hey.. lama sgt ko tido tu... tidak mustahil bukan?? Maka kekadang harus juga tunjuk rajin dengan memasak yg luar biasa. Bagiku memasak lauk makan tengahari bersama dessert dan air buah adalah luar biasa. Mungkin ianya tidaklah se best masakan Masterchef Ezani (walaupun ada yg mengatakan muka ku seiras ezani). Perasan. Atau tudungku seiras Ezani. Atau kurusku seiras Ezani. hahaha (tangan di bahu, mata ke atas, sambil mulut ternganga)
Inilah hasilnya. Ianya tidaklah seberapa. tapi bagiku ianya sangat "seberapa" dan enak , tambahan lagi dihidangkan oleh tangan sendiri. cewwaahh. macam magik. senang sgt puding ni. tidak mencabar langsung. Sebab senang lah, aku rajin nak buat. Kalau susah, haruss aku berfikir duaploh kali nak buat. *_*
Oklah. entry ni bukan entry "resepi masakan melayu" , atau "1001 resepi pencuci mulut." Bukan niatku nak tulis resepi di sini. Sebabnya semua org dah tau resepi die apa. senang cerita. Aku hanya nak membanggakan hasil titik peluhku dengan gambar2 di bawah...
puas hati?
amik lagi...
Apsal gambar aina plak yg ada dalam ni... ?? mungkin sebab aina memakai baju yg agak cantik pada hari itu...
Sudah. Bila dah buat puding harus berangan nak buat kek. dan seterusnya cupcake, dan seterusnya wedding kek. yeeehhuuu... sila cabar saya sekarang!!!
tinggg!!!!
siap dah wedding cake...
pasti kamu rasa menyampah ditipu. baiklah. halakan cursor mouse ke bahagian kanan atas. lalu klik di tanda X . sekian..
No comments:
Post a Comment