~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Saturday, March 3, 2012

::: I loike the wedding :::

Demam wedding yusri & lisa melanda tubuhku.. Y.. Y.. Tell me y..? Mybe I like them. But not too "like" mcm fanatic giteww.. Like ala2 kadar saja.. Hahah.. Boleh??

Tgk diari wedding dieorg mcm rasa nak kawin dgn ES semula.. Mungkin kalini kami bersanding bertiga.. Boleh tak?? Sudahlah angan2 itu.. Tp really enjoy the show.. Sbb mcm sgt natural (bg aku lahh).. Mungkin juga sy sgt suke suasana wedding iteww.. Arghhh.. Sy suke semuanya sebab nampak cantik sgt..

Ok, sy nak stop sebelum haters dieorg ni mengamuk... Daaaaa...

I like.. I like.. I like sampai pengsan... ♥♥♥

Monday, February 13, 2012

::: Bapaku kini... :::

::: Bapaku kini berada di Dubai.. Hanya utk bermain golf ??!!

Hurrrmmmm... Semoga berjaya dlm tournament itu abah.. ;p..

Terasa seperti mahu kirim kain ela yg mengujakan drp Dubai. Tp, perasaan gundah gulana hati ni, memikirkan perasaan abah dlm memilih kain !

Friday, February 10, 2012

::: Puding Suka hati :::

::: Hidup tak keruan kalau tak reti masak. tapi bagi lelaki itu adalah kelebihan. sebab mereka (lelaki) tidak akan disuruh ke dapur untuk memasak dan menghidangkan makanan yang enak2 utk isteri. oh ya! Mr Mama mcm mana?? itu hanya cerita. cerita tak semestinya betul. penulisanku juga tidak semestinya betul........ betul?? heheheh

Ok. rumahku kini sudah ada oven. Bukan kini. sudah lama. tapi tidak digunakan lagi. malah plastik2 di dalamnya masih ada tersusun rapi. "abg, azam syg tahun baru ni, nak belajar buat kek" Dengan angkuh die menjawab " eh, rumah kita ada oven ke???" OMG. Suami memperli isterinya dan lalu mereka ketawa bersama-sama. Ahhh... (geli dengan ayat sendiri)... Sudah.

Dulu di rumah lama saya selalu menjamu suami dgn bermacam2 dessert. Mungkin semangat rumah baru masih belum ada. Atau mungkin sifat malas bermaharajalela di dalam diriku ini. Atau mungkin sejak ada anak diri ni macam takde masa. Atau mungkin hari cuti hujung minggu ku terisi dengan buaian enak mimpi selama seploh jam. hey.. lama sgt ko tido tu... tidak mustahil bukan?? Maka kekadang harus juga tunjuk rajin dengan memasak yg luar biasa. Bagiku memasak lauk makan tengahari bersama dessert dan air buah adalah luar biasa. Mungkin ianya tidaklah se best masakan Masterchef Ezani (walaupun ada yg mengatakan muka ku seiras ezani). Perasan. Atau tudungku seiras Ezani. Atau kurusku seiras Ezani. hahaha (tangan di bahu, mata ke atas, sambil mulut ternganga)

Inilah hasilnya. Ianya tidaklah seberapa. tapi bagiku ianya sangat "seberapa" dan enak , tambahan lagi dihidangkan oleh tangan sendiri. cewwaahh. macam magik. senang sgt puding ni. tidak mencabar langsung. Sebab senang lah, aku rajin nak buat. Kalau susah, haruss aku berfikir duaploh kali nak buat. *_*

Oklah. entry ni bukan entry "resepi masakan melayu" , atau "1001 resepi pencuci mulut." Bukan niatku nak tulis resepi di sini. Sebabnya semua org dah tau resepi die apa. senang cerita. Aku hanya nak membanggakan hasil titik peluhku dengan gambar2 di bawah...



puas hati?












amik lagi...

Apsal gambar aina plak yg ada dalam ni... ?? mungkin sebab aina memakai baju yg agak cantik pada hari itu...


Sudah. Bila dah buat puding harus berangan nak buat kek. dan seterusnya cupcake, dan seterusnya wedding kek. yeeehhuuu... sila cabar saya sekarang!!!


tinggg!!!!


siap dah wedding cake...






pasti kamu rasa menyampah ditipu. baiklah. halakan cursor mouse ke bahagian kanan atas. lalu klik di tanda X . sekian..

Monday, February 6, 2012

::: Cerita Jalan2 Yg Baru Dan Lama :::

::: Suami sy mmg tidak suka untuk berjalan. malah juga bercuti. sehingga dipaksa untuk diajak berholiday juga mcm dipaksa untuk berjalan kaki. eh, tidak. mmg die tidak suka berholiday. senang cerita. Saya tidak begitu. malah meng”offer” diri untuk dibawa berjalan. walaupun di depan rumah. mungkin itu tidak dianggap berholiday. tp bg sy ia satu kesyukuran.

Singapura di mata dunia mmg sekangkang kera dengan Jb. Malah kurang daripada seekor kera. Mungkin??.. tp , di dalam pemikiran subjektif suami sy, ianya seperti sejauh merentasi Banjaran titiwangsa. Maka, harus mencari alasan untuk berjalan tatkala cuti CNY yang agak lama malah berderet2 dan meleret2… sehingga beberapa hari. Maka ianya mustahil utk duduk saja menghadap dinding rumah! (walaupun baru)… ahahahah… sy harus keluar! keluar! keluar drp rumah tatkala cuti panjang! atau sy akan pengsan di hadapan dinding rumah (yang baru)… (wajib sebut lagi)… ;p

Alasan yang kukuh untuk berjalan ke Singapura adalah untuk menghantar pulang makcik yang dtg ke rumah kami (yang baru)… (muntah skrg!! ahaha)….

perjalanan keluar pada jam 7.45 malam dan pulang pada jam 1.00 pagi… Mmg seronok pada saya untuk menghabiskan masa dengan berjalan.. dan juga menghabiskan duit. tp, trip kali ni tidak merugikan kerana duit yg ditukar tidak digunakan langsung. Kami dibelanjakan oleh kazen kami di sana… Menikmati makan malam di east coast mmg sgt sedap ambil menikmati angin sepoi2 dwi bahasa.. anak happy.. suami happy.. isteri mustahil tidak happy..

kemudian kami ke Marina Barage… (hanya drp jauh).. Ingin menunjukkan rafi singa si Merlion.. tp malangnya die tido seperti singa lapar… Merlion pon agak tiada mood kerana rafiq tidak menjumpanya sehingga tidak ada pancutan air di mulutnya… (rosak mungkin)… oleh itu, anak sy tidak rugi melihatnya sbb die tidak cantik pada malam itu… (apakah???)

IMG-20120123-00940 IMG-20120123-00945 IMG-20120123-00947 IMG-20120123-00950

  Tgk singa pada jam 12 tgh malam…

IMG-20120124-00953 Kereta kami?? pasti mustahil… kereta bernombor plat “S” bersama logo diraja Johor… pasti ianya milik DYMM S****N Johor

 

ok.. cerita Singapura sudah tamat di sini.

Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yg juga meleret2 dan berderet2… Maka harus berjalan lagi. Kami balik ke Ipoh. Sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga suami di Ipoh. Malah ke Baling juga kami pergi. Tidak cukup itu. Ke Penang juga kami jejaki. jauh perjalanan luas pemandangan. Dalam satu hari, kami ke tiga negeri. (tak hairan?) cuba buat… heheheh

ok. di baling seperti biasa melawat saudara dari satu rumah ke satu rumah. sehingga perut pon kenyang sampai nak pengsan. heheh. tipu.

kemudian kami ke penang lalu jalan2 dan makan2 sampai kenyang lagi. saya jarang ke penang. tp sejak akhir2 ni, jadi rajin pula ke penang. penang mmg best. nasib die jauh dgn jb. kalau tidak, pasti sy bertambah best. hahah. ok. cerita kami pegi makan pula. Baiklah, saya suka makan. semua suka makan. tp rafiq tidak suka makan. (tidak mustahil)… kami makan di Hammer Bay. Agak sedap dan menyelerakan. kali ini satu keluarga cukup. semua ada. yg sudah lahir. yg belum lahir. yg sudah kawin. yg bakal kawin, pun juga ada. maka semua happy. happy sebab dapat jumpa dan dapat makan… (boleh??)

Gambar di Hammer Bay hanya ada satu. sebab saya bz makan. sekian.

IMG-20120205-00981 Dahlah hanya satu. Gambar mereka pula.

Ini bukan di Hammer Bay. tapi di dalam kereta. Ilustrasi menunjukkan betapa tidak tahu diamnya anak saya itu.

IMG-20120205-00975 Kerunai-20120205-00980 Mana gambar orglain????? ada dalam kamera orglain… heheheheh…

apa daaa…

ok. itu saja entry pasal jalan2 dan makan2… alhamdulilah kenyang…

Wednesday, January 25, 2012

WW #2

**gaya tido bayi , dan bapa bayi**


eh.. eh.. bayi lagi ke?


Friday, January 13, 2012

::: Rumah Baru : Baru Nak Cerita :::

::: Salam. Baru pas tgk video KFCM nyer birthday disambut oleh si bunga dahlia.. ko hader...?? ah, bukan nak citer psl dieorg pon. ada manfaat kalau cerita?

cerita rumah baru lagi baik. ada manfaat ko baca? hahaha.. suka hati aku lah nak tulis apa kan? ok. suka hati korg juga nak baca ke tak.. hehehe..

bermula pindah 19hb nov aritu. but yet officially moved on 3rd Dec 2011.

kami org ketiga berpindah out of 90 residents here. ha? awal bukan? ko mampu nak byr rumah sewa + rumah sendiri dalam masa berbulan2? oleh sebab poket agak kurang tebal, maka perpindahan berlaku dengan cepat. sesi berkemas juga sgt cepat.. mcm bunyi "tinggggg"... eh dah siap kemas dahh... magic.. magic... hari sabtu pindah, hari ahad dah siap kemas... bukankah itu magic??... maka, seminggu juga badan sakit gara2 sesi mengemas yg sgt cepat...

Design rumah agak simple, idea suci lagi tulus saya dan ES saya. bergaduh jugak mcm mana nak decorate rumah. nak hire eric si botak, den tak mampu naaa... hanya mampu beli majalah dan tiru sajaa... sebabtulah umah ni tak jadik mcm yg eric si botak designkan... hahaha...

ok, semua dah tgk gmbr rumah spt di entry2 lepas kan? so takyah nak tunjuk lagi kat sini. (kata pon entry "cerita" kan... so, mana ada gambar.. hahah.. ) kelakuan harini mcm banyak ssgt gelak sebab tgh tgk rajak lawak yg takleh nak digelakkan... so, gelak dalam blog lagi lawak.. hahs.. boleh kah? oook.ok. ini bukan entry gelak .

sekarang hidup sgt aman dan damai .. ecehhh... bukan maksud ada guard berasa sgt aman.. malah bunyi motor guard juga rasa sgt tenteram... hahs, statement menjengkelkan... mcm mana nak rasa damai plak..?? ok, bile ko rs malas nak sapu halaman kan... ko buang je hasil2 sapuan itu di luar gate rumah... maka dengan magic, keesokkan hari, hasil2 sapuan itu hilang mcm magic... eh, magic lagik.. mmg magic, sbb ada org tolong sapukan rumah .. tp di halaman luar saja lah... tp jgn ingt ko nak campak batang aiskrim ke tgh jalan, dan mengharapkan pakcik tukang kebun tu sapu plak.. kang, die sapu muka ko.... ahahahah... eh, tergelak lagik..

jiran2 semua ok2... setakat ni , berpuas hati... malah sgt puas hati dengan jiran di sebelah rumah yg telah mensponsor renovation dapur + sponsor awning + sponsor bayarkan upah org cat.... eh, baik sgt jiran ko tu... mestilah die baik. sgt baik... malah kenduri doa selamat secara besar2an juga akan dibuat skali dengan rumah ni... nak tunggu sponsor punye pasal... (kurang asam punye anak) ahahahah...

ok. abah. tq. sayang abah selalu. bukan sayang waktu renovate umah ni je.. malah sayang sampai syurga.

heheh... daaaaaa

Monday, January 9, 2012

::: Sakit Kaki vs Sakit Hati

Ok. Lama tak update. Bukan sebab sakit kaki. Bukan juga sebab sakit hati. Ckp saja ko malas. Hahs.. Bersikap telus itu lebih afdhal..

Bismillahirahmanirahim..
Entry baru saja dibuka. Kakiku kini sakit dan masih belum pulih. Sudah hampir sebulan. Lagi seminggu, cukup sebulan. Itu maknanya masih belum hampir. Oh, hati juga sakit. Hati sakit sebab kaki sakit tak baik2.. Jadinya, semualah sakit..

Sudah diurut, sudah dixray. Malah sudah diberi ubat. Mungkin sudah surut. Tp masih sakit. Dinasihati supaya tak banyak berjalan. Berlari mungkin??!! Hahahah.. Berlari ke taman permainan mengejar anak yg tidak faham. Maka, sebelah malamnya, harus sy mencari tukang urut. Tukang urut yg bertauliah. (Atau kurang).. Heheh.. Terima kasih abg. Pasni leh gantung sijil utk mendapat ketauliahan itu.

Bila nak baik? Doktor sy ckp, kena banyak rehat, jgn pakai kasut tumit tinggi, bg kaki tu relaks.
Baiklah doktor....
Mcmmana nak rehat kalau saya perlu kerja?
Mcmmana tak pakai kasut tumit tinggi, kalau kasut tumit rendah sy, telah dihilangkan rafiq?
Mcmmana nak relaks kalau nti sy dilabel pemalas?
Maka kesimpulannya, makin lambat lah kaki sy ni nak baik.

Dah. Sudah. Itu saja utk kali ini..

P/s : gambar tersebut menerangkan betapa sakitnya kakiku pabila diurut. Sehinggakan anak kecilku menjadi kepoh melihat & berkata.. "Mana yg sakit sgt tu mama"... Eh, sy lupa.. Die masih belum pandai berkata2...

Sunday, December 25, 2011

::: Abahku kini 58thn :::

Selamat ulangtahun yg ke 58thn abah.. Will love u till eternity..

Situasi pada 23/12/2011..

Panggilan drp aina kpd kakaknya..
Kakak adalah (saya).. Heheheh

Aina : kakak, arini besday abah
Kakak : kakak tau lah.
Aina : kakak bg abah hadiah apa?
Kakak : kakak nak beli kek.
Aina : aina nak beli kfc, ngan kek, kite makan2 kat umah kakak eh..
Kakak : aina beli kfc lah.. Kakak beli kek. Kek murah skit.. (Heheh jahat takk)
Aina : ok. Ok. Aina beli kfc. Kite mkn kat umah kakak tau. Dgn rafiqin.
Kakak : yelahh..

Ok.. Sememangnya sy nak beli kek buat surprise utk abah ptg tu. Tp rupa2nya aina dah ada plan yg tersendiri.. Layan aje..

Ok. Abah.. Walau apa pon yg terjadi, adik tetap syg abah sampai bebila.. Semoga abah panjang umur dan murah rezeki.. Aminnnn...

Wednesday, December 21, 2011

::: Rezeki Allah itu luas :::

Rezeki Allah itu luas kan?

Ada anak itu rezeki.
Pandu kereta juga rezeki.
Ada suami juga rezeki.
Ada makanan itu lagi rezeki.

Ada kerja itu rezeki.
Ada rumah juga rezeki.
Ada nyawa itu rezeki.
Ada keluarga pon juga rezeki.

Ada pakaian itu rezeki.
Ada alat solek juga rezeki.
Ada handphone itu rezeki.
Ada tenaga itulah rezeki.

Rezeki setiap org mmg tak sama. Ada lebih ada kurang.

Mungkin rezeki saya untuk "sesuatu itu" masih belum ada. Tapi saya tahu, itulah yg terbaik utk saya daripada Allah.
InsyaAllah pasti ada. Cume bukan sekarang saja bukan? Itulah yg terbaik (saya pasti).. Aminnn..

Terima kasih pada sahabat yg memberi semangat kpd sy utk hari ini.

P/s : harini rabu yg "berkata-kata".. Zasssssssss





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 18, 2011

::: Windy Saturday :::

::: Sabtu di hujung minggu yg sgt nyaman. ES di depan mata. Bertugas untuk keluarga pula. Berada di rumah pada hujung minggu mmg rasa sgt heaven. Bukan di rumah (sangat). Di luar rumah, malah di merata2 tempat juga. Merata2 di sini bukan bermaksud di tepi jalan. tapi, di tepi laut. Tepi laut yg sgt windy...

Memenuhi undangan perkahwinan juga adalah pada hari sabtu. Undangan rakan baik yg akan diceritakan pd entry mendatang. Ok. Skrg nak cerita undangan Hari Keluarga bank ES saya. Bertempat di Tg Balau, Desaru.

Aktiviti mcm biasalah. Hari keluarga tanpa sukaneka adalah mustahil ! bukan?? saya, as usual tidak menyertai sukaneka tersebut dan hanya berdiri di tepi padang menonton gelagat si kanak2 kecil yg gembira bersama keluarga mereka. Anak sy pula? hurrmmm.. pasti juga die gembira. Rafiq tidak begitu mahu "berkawan" dgn sy pada hari itu. Mungkin kerana sy tidak memakai baju sedondon dgnnya.. hahaha.. (maka mama relax sikit)... hueheheheheheh





Cerita di hari ahad pula. Tiada cerita. hanya gambar semata2... ok. layanzzz....



Cerita di hari Isnin pula (esok) .. adalah nightmare! Sebab kena kerja.. Dusshhh... Maka haruss jumpa Isnin yg Biru....


p/s : Rasa happy pada hari minggu . Minggu depan happy lagi.. bye...

Thursday, December 8, 2011

Dan dia juga begitu...

Salam semua. Kini bersiaran di rumah baru.. Alhamdulilah rezeki Allah..

Kami selamat berpindah pada sabtu 3 Dis yg lalu. Dan dlm masa 2hari (ahad) proses kemas-mengemas telah siap. Badan pun juga letih hingga kini.

Rafiq dijaga opahnya di ipoh memandangkan keadaan kami tak mengizinkan utk men"setel"kan urusan pindah randah ini..

Sayu je hati bile dgr die ckp dlm telefon. Sy tahu, die rindukan sy.. Dan sy pula 10kali ganda rindukan die.. Sob..sob..sob..

Rafiq, mama sayang kamu sekuat hati !!

Nota: gambar diambil secara spontan tatkala kami melepaskan rindu di telefon... Heheheh

Thursday, December 1, 2011

::: Mana Anak :::

Hariku kini sunyi. Anak tiada di sisi. Die berada di Ipoh Mali. Sebab kami sibuk dan bizi.. (bz mengemas rumah lerr derrr)

Oh, memang sunyi. sesungguhnya anak itu penyeri dalam hidup kami. Rasa sedih sgt bile terpaksa tinggalkan rafiq tempoh hari. Terjurai2 air mata ni mengalir..

Oh, memang rindu. Tak dgr suara die menjerit2 kesukaan. Terkinja2 dan terlompat2.. Bau masyam di pipi die yg gebu itu, amatlah dinanti…

Oh…. (hoi, ko ni nak bersajak ke wehh)…

Ok. Ok. rafiq yg mama rindu. mama syg kamu sekuat hati….

Mana anak? Mana mak? ahh.. sila bagi penjelasan supaya org di luar sana tidak kata kamu tidak sayang anak. siapa tak syg anak? org bodoh saja yg tidak syg anak.

Mana anak..?

Mana anak..?

Ok.. Ini anak….










Lokasi penggambaran: Ipoh..

Kediaman rasmi Opah rafiq.

ps : mama tak sbr nak bwk rafiq duduk tinggal kat umah baru,…. muahhh xoxo

Ikhlas dari: mama kamu yg dah sakit badan cuci rumah…. waaaaaa



Friday, November 25, 2011

::: Ada yang mencemburui saya :::

::: Cemburu itu tandanya sayang...

Ya... memang cemburu tandanya sayang. Ramai yg sayangkan saya seperti menatang minyak yg penuh.. hahss perasan!

ok.. ok.. kenapa lama sudah tidak berblog? adakah sengaja saje nak tunggu blog bersawang.. ? atau saja malas nak taip panjang2? atau kekangan masa yg mencemburui saya!

Aah.. sememangnya "masa" lah yg mencemburui saya.. Sibuk seperti isteri PM... mungkin die juga tak sesibuk saya.. hahah poyo!

sebagai wanita bekerjaya dan sebagai kakitangan kerajaan, saya harus tahu yg kesibukan ni adalah dugaan sbg wanita bekerjaya .. kalau taknak sibuk, duduk saja di rumah sambil goyang kaki mcm yg saya buat skrg... ;p

ok.. jumpa lagi.. masa untuk tido! muah.. muah... xoxo



dahlah ngantuk lak nak cerita panjang2...

Thursday, October 27, 2011

::: Misteri Ampai Baju :::

Misteri ampai baju berlaku hari Rabu yg lalu (eh, rabu tu semalam ;p)... Tatkala kami sedang sibuk mengangkut separuh drp barangan rumah untuk dialihkan ke rumah baru...

Karangan bermula....

Jemur baju di kala panas terik dan pada cuti umum mmg sgt hebat rasanya. tapi bagaimana pula kalau tetiba hujan turun dengan lebatnya tatkala penghuni tiada di rumah sewa dan berseronok sambil tergolek2 di rumah baru? wah2.. baru rasa.... dusshhh.. padan muka..

Maka berlari2 anak menuju ke kereta dan men startkan enjin kereta dgn begitu laju utk pulang ke rumah sewa dan mengangkat baju tersebut. telah terbayang baju ku sudah basah lencun kena hujan asid yg boleh merosakkan pakaian.. (hah merepek)..

Ok, tiba di rumah, sgt terkejut sampai nak pengsan sbb ada "hamba Allah" telah mengalihkan pakaian2 tersebut dgn menolak ampaian ke dalam..

apa yg misteri sangat??

Sebab siapa yg tolak? Jiran melayu kami tiada di rumah... Jiran Cina pulak keluar bersiar2(mungkin) kerana kami terserempak dgn mereka sewaktu kami juga keluar rumah.

misteri bukan??

persoalannya siapa yg tolak ampai tersebut?

Maka... saya pon tak tau....

Sehingga kini, tidak tahu....



Sekian... Itulah misteri ampai baju...

Sunday, October 16, 2011

::: Aduh malunyerrr sy :::

::: Semalam kat kedai lampu, rafiq buat perangai super hebat..
Sgt taktau diam.. adoiiii.... die leh kemas semua mentol2 lampu yg dijual , dibuka kotak dan diteraburkan... ala anak omak... sampai ayah dah bengang tahap gaban dgn perangai die.. sy terpaksa jadi penyelamat di situ.. control utk jd ibu penyabar.. sbb takut suami naik angin.. wah2... hebat kan...

bile kite tegur supaya jgn pegang2 lampu2, mentol2... die mengaruk dan menjerit sampai budak sales tuh pon pening... dahlah kami ni nak membeli sikit punyeeee banyaaakkkkk lampu2 bagai, nak memikir jenis2 lampu utk segala ruang yg ada... sampai dah tak sanggup nak fikir lama sgt... adeehhhh....

kat kedai tu, sebok nak main tangga, ada sekali tu mungkin rafiq terasa sgt terkesima melihat kristal lampu chandelier yg digantung rendah, habis die nak tarik kristal lampu tu yg berharga RM7880... mak aihhh.... nasib tak tercabut.. kalau tak, tak mampu den nak bayor.. kena jual gelang gamaknyeee....

adoii.. nak mengeluh selalu pon tak elok jugak... takpe.. buatlah nak... buatlah... sampai satu masa nanti, mama nak bwk rotan dlm kete... heheheheheh



p/s: utk meredakan suasana kedai, rafiq ditinggalkan dlm kereta bersama ayah, supaya mama dapat memilih lampu dgn aman.... ;p

Thursday, October 13, 2011

::: Kunci sudah di tangan :::

::: Kami telahpun dapat kunci pada 11.10.11 yg lalu.. waa.. cantikkan tarikh tu?
Susah jugak nak amik kunci. lain developer, lain cara kan...



Bila bayaran maintenance dilunaskan + byr late interest (yg mcm tak redha je kena byr), kami terus ke customer service utk collect keys. pastu, mcm2 borang kena isi. then terus ke rumah utk buat checklist sebelum handover keys. mcm2 diterangkan oleh wakil developer ni.

Ini borang 1st.


Checklist before amik kunci. nak pastikan yg semua fittings rumah sempurna dan mencukupi. Ok, this stage, takde masalah. cuma mana yg kite tak puas hati tu, leh isi borang, complaint.

Borang 2nd.


Authorization of renovations works
Borang utk declare kat developer, kontraktor yg kite lantik. berapa ramai org yg akan dtg buat reno works, reno mcm mana yg kite nak buat (major reno or simple je), semua kena declare.

Borang 3rd


Rules for house renovation
Ini kena byr rm1000 as a deposit reno to developer. pastu kerja2 reno kena buat weekdays from 8.00am to 6.00pm sahaja. Kena jaga neighbourhood nye surroundings waktu buat reno nanti. maksudnya tidak mengganggu ketenteraman awam.

Borang 4th


Authorization letter for purchase delivery
Setiap delivery brg2 yg akan masuk ke rumah, kena isi borang. dan declare kat guard. contohnya mcm beli brg elektrik/perabot, semua kena declare..

banyakkan benda kena ikut?. developer UEM ni mmg jaga standard betul lah... mcm2 peraturan kena ikut. setiap petang mereka akan round kat sekitar rumah utk pantau surroundings.. so no wonder kena bayar mahal kan..?? huhuhu..

Sunday, October 9, 2011

::: Homefair PERSADA JOHOR :::


::: ello ... ello... ello..

hye uolls... saje nak story morry pasal Homefair yg berlangsung di Persada Johor baru2 ni..
Takdelah eksaited sgt ekceli. sebab homefair yg lepas punye dah siap booking memacam dah.. homefair kalini berangan nak teman abah je..



Kami ke sana pd hari Sabtu.. we are the earliest guest.. haha.. entry jam 11, kami sampai jam 10.30 pg.. awal kan.. biasalah lps bfast kat kedai mamak, terus berkejar ke sana..

Ok. walaupun td kate mcm tak eksaited. tp akhirnya kami dah buat booking utk grill.. ahah.. sebab cume itu saje yg belum tempah...

sy sgt mengidam karpet kat satu booth.. tp, ES kate nanti dulu... dahulukan mana yg lebih utama.. ok bang, i dgr ckp u!

hasilnya.... taddaaa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


eh, mana ada gambar da... ahahah...

oklah, ni sy bg reference comparison harga bg sesiapa kat luar sana tu yg nak buat reno rumah k...

Inilah bajet kami:

1. Grill
Memula pegi satu booth, dpt kawtim harga kat uncle cina yg sgt sporting.. untuk grill, kami tak buat wrought iron, bajet lari maaa... kami buat besi hollow + coated ; harga utk satu rumah uncle ni bagi RM4160... mcm murah kan?

Okeh, tq uncle! kami blah dulu. tq sbb quote harga utk kami... heheheh

Then, kami pegi satu lagi booth grill, and guess wht, material yg sama mcm kat ats tu, kami cume dapat harga RM3600! hoyeeaahhhh... siap dapat ampai stainless steel 6kaki (yg lekat kat dinding) dgn dpt free plak number rumah! happy happy!! so, apatah lagi, kami pon booking lah! byr dwnpayment rm300 saja... tq ammoi comel... kami dpt harga rm7.50 per sqq ft

knp kami kate ,murah??? sbb rumah kami ada:
2 sliding door 3 pintu
1 sliding door 2 pintu
4 tingkap bilik , (2 panel window)
3 tingkap toilet
satu pintu kayu dapur
1 air well (betul ke aku eja ni) 3 panel window, kat ats siling...
(harga utk sliding door mmg mahal compare dgn harga tingkap/pintu)


2. kabinet Dewani
ni kami tempah waktu homefair yg lepas.. memula quote harga 14k... pastu cut lagik nak sesuaikan dgn bajet ciput, jadik rm10,800... pastu dpt diskaun rm500... kabinet dah byr deposit rm1k... balance, bayar ikut progress...

Material:
kabinet L shape
stainless steel (skrg mmg tgh pattern cenggini)
solid surface
soft close
dpt rack besi free lagik....(free lah sgt, tah2 harga dah masuk skali) ahahah

3. brg2 elektrik utk dapur
ni pon tempah lama dah, kami tempah wktu homefair dulu... brand ELBA.. sbb ELBA saja yg menepati citarasa dan bajet kami... RM3250... dah byr rm300 utk deposit... yg ini rs mcm mahal, sbb skrg nye homefair lagik dpt harga murah... semua ni kami order di LIONMAS...

cooker hud
dapur 3 api
oven... (OMG.. nak baking kek ke aku ni...)

4. Siling kapur dan wiring
ok, utk siling kapur ni kami tak finalized lagi. mungkin nak amik dgn dewani jgk, tp kena tgk die nye harga mcm mana...

td, kami pegi tgk rumah, then ade kontraktor cina dtg approach ES, die dah quote harga utk the whole house (tingkat bwh) , siling kapur + wiring, hanya rm3000 saja!! murah kan. kami sgt impressive...
utk ini, material / jenis nye adalah :

utk ruang tgk tv, kami plan nak gune cornis lamp holder (yg lampu kat dlm tu)..
utk dining hall, cornis bentuk LBox, downlight biasa
utk pintu masuk, juga cornis LBox, downlight biasa...

Semua2 ni termasuk lampu, wiring dan cornis adalah rm3000.. rsnya sgt murah... tp, org kate, nak buat2 benda ni, better dgn satu kontraktor saja... so, kami plan nak tny Dewani yg buat kabinet tu, nak tgk harga die dulu.. kalau lebih, kami amik cina ni lahh... kan.. belanja dgn berhemah wokeeehhh....

ok..ok.. ok.. skrg ni mmg tgh musim mengurangkan duit di bank... ahaha.. bila nak masyukk nyeee ni... tulun.. tulun.. kan best kalau sy keje tukang cetak duit... haha. ko nak brp? 10ribu? 10juta? semua aku leh bg free... tp "kalau" lah.. pasni kami kena berjimat cermat, demi masa depan.. eceehhhh... oklah nak tido.. daaaa

Kesan Bajet Negara 2011 terhadap aku...

Tahniah diucapkan kpd PM kesayangan ♥♥ kerana penat berdiri selama dua jam bentangkan bajet 2011. Kesimpulan yg terkesan dlm hidupku adalah :-

1. Pemansuhan yuran sekolah rendah & menengah 〜 agak2 pasni lehla beranak ramai2 sbb yuran skolah dah free. Tp, mesti ada je sumbangan2 yg pihak skolah mintak kat parents utk aktiviti skolah. Hahaha. Woi.. Anak kecik lg dah fikir punye jauh.. Hahahah

2. Umur pencen naik 60thn ~ hurrrmmm yg ni I kurang setuju. Dan for sure rmi young generation esp yg menganggur & berharap dpt keje kerajaan, akan hancur luluh hati2 mereka. Ermmm.. Pakcik makcik yg dah bertongkat akan masuk ofis & dpt gaji bulanan dgn hanya duduk di ofis dan mencari kesalahan staf2 muda... OMG!! Even skrg pon sudah terjadi.. Tolonggggg.. Pls do something. Kesian pd jobseeker di luar sana

3. Kenaikan gaji tahunan dikaji semula~ ya mmg betul! Kenaikan gaji mengikut Skim Saraan Msia, tersgtlah ciput saja.. Terima kasih krn memahami..

4. Bonus lagi setengah bulan ~ khas buat ibu2 bapak2 yg ada anak skolah. Dan yg takde anak skolah pon tumpang sekaki ye.. Mcm saya.. Hahahah ♥♥

5. Had harga rumah utk Skim rumah pertamaku dinaikkan jd 400k.. ~ ada pro n cons... Mybe khs utk org2 yg tinggal di kl, yg harga rumah sgt mahal di sana.. But then, how about the monthly instalment.. Mana ko nak, beli rumah dgn 0% deposit dan menanggung komitmen tinggi bulanan @ beli rumah dgn deposit dan komitmen bulanan dikurangkan... Lu pikir lah sendiri !

Itujelah yg boleh dikonklusikan.. Yg lain tu, banyak sgt aku nak tuliss.. Heheheheh... Apa2 pun.. Terima kasih PM... ☺☺☺



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...