::: Sejak sekolah, sy tak suke subjek sejarah. sebab tu waktu spm saya tak dpt A dlm sejarah. dan pastinya sejarah memerlukan pembacaan. sy kurang suke membaca. kecuali membaca gossip. hahah.. gossip itu sgt sinonim dgn wanita. dan sememangnya lelaki juga sama. (cuma kurang sedikit mungkin)
ok. sy mahu bercerita psl sejarah kehidupan. kdg2 sejarah yg terukir dan akan tersimpan rapi sepanjang hidup adalah sejarah yg memberi kesan samada paling sedih, paling gembira, paling kelakar dan paling benci. hahss.. apa yg aku nak ckp ni sebenarnya?
ok lagi. Sejak ada anak, hari2 sy terisi dengan sejarah si kecil. devvelopment die membesar bagai juara adalah sejarah bagi sy.
sejarah yg terjadi minggu ini. rafiq sudah ditukarkan susu daripada pediasure kepada Isomil. semoga die minum isomil dengan jayanye. walaupun sy tau ianya tak sesedap & selazat pediasure yg lemak berkrim itu. sy cube nak bagi die susu yg no lactose atau ckp BM nye.. tanpa laktosa. kerana diarrhea masih belum pulih sepenunya. pegi jauh2 kamu wahai rotavirus. walaupun rafiq sudah diimunisasikan dengan anti-rotavirus, tp virus itu tetap hadir tanpa dijemput. pergi. pergi. pergi kamu!
dan seharapnya die berasa enak menelan Isomil (soy based milk). dan harap perkara ini tidak lagi memeningkan kepala ibunya yg dah hampir buntu! ok. masih belum.
seminggu ini sy sudah hampir menjadi monster. monster inc maybe. impian utk menjadi supermak sudah lebur... hahah, akibat perasaan yg hampir buntu menghantui diri sy, memikirkan pemakanan anak yg masih belum selesai. anak semakin kurus, ibu semakin demok. ayah bertambah demok. oleh itu, setelah bermesyuarat tergempar dgn ES, kami membuat keputusan utk tukar saja susu ituuuuu.... nenonenonenonenoneno...
p/s: Pediasure bukanlah susu yg tidak bagus. Malah sgt hebat sebab telah berjaya melaburkan saham paling mahal dalam pasaran susu seMalaysia. eh.. bukan itu maksud sy... mungkin ia sudah tidak sesuai utk rafiq seiring dgn perkembangannya.... ya. itu pasti jawapan yg sebenar...
No comments:
Post a Comment