Sunday, October 2, 2011
::: Fussy betul laaa :::
Ahh... haritu sy terpaksa jd sgt fussy. sbb sy dikenakan caj yg at realiti, bukan sy yg nak. sy berhadapan dgn org itu, dan sy mintak die explain mcm2 kat sy. tapi die tidak explain. malahan menyalahkan sy. die sgt kerek. sy pon kena jd kerek. sbb tu sy terpaksa jadi sgt fussy.
Oh plssss la weii... jgn salahkan sy. sy ada hak. sy tak bersalah. dengan kerek, sy bercakap omputih dgn die. (asal marah je, kena speaking. ahahaha).. die pun melawan ckp omputih dgn sy. sy rs tercabar. lalu sy meminta die utk melayan sy dgn lebih tertib. sbb sy ni pelanggan die.
hahaha.. padan muke die. sbb kena layan kerenah sy....
Siapa nak jd fussy buyer? semua org taknak mengaku... tp semua org akan jd fussy bila rs tercabar. Oleh itu, sila jgn cabar-mencabar...
p/s : mari hidup dgn berhemah...
Wednesday, September 21, 2011
::: Hari-hari ada sejarah :::
ok. sy mahu bercerita psl sejarah kehidupan. kdg2 sejarah yg terukir dan akan tersimpan rapi sepanjang hidup adalah sejarah yg memberi kesan samada paling sedih, paling gembira, paling kelakar dan paling benci. hahss.. apa yg aku nak ckp ni sebenarnya?
ok lagi. Sejak ada anak, hari2 sy terisi dengan sejarah si kecil. devvelopment die membesar bagai juara adalah sejarah bagi sy.
sejarah yg terjadi minggu ini. rafiq sudah ditukarkan susu daripada pediasure kepada Isomil. semoga die minum isomil dengan jayanye. walaupun sy tau ianya tak sesedap & selazat pediasure yg lemak berkrim itu. sy cube nak bagi die susu yg no lactose atau ckp BM nye.. tanpa laktosa. kerana diarrhea masih belum pulih sepenunya. pegi jauh2 kamu wahai rotavirus. walaupun rafiq sudah diimunisasikan dengan anti-rotavirus, tp virus itu tetap hadir tanpa dijemput. pergi. pergi. pergi kamu!
dan seharapnya die berasa enak menelan Isomil (soy based milk). dan harap perkara ini tidak lagi memeningkan kepala ibunya yg dah hampir buntu! ok. masih belum.
seminggu ini sy sudah hampir menjadi monster. monster inc maybe. impian utk menjadi supermak sudah lebur... hahah, akibat perasaan yg hampir buntu menghantui diri sy, memikirkan pemakanan anak yg masih belum selesai. anak semakin kurus, ibu semakin demok. ayah bertambah demok. oleh itu, setelah bermesyuarat tergempar dgn ES, kami membuat keputusan utk tukar saja susu ituuuuu.... nenonenonenonenoneno...
p/s: Pediasure bukanlah susu yg tidak bagus. Malah sgt hebat sebab telah berjaya melaburkan saham paling mahal dalam pasaran susu seMalaysia. eh.. bukan itu maksud sy... mungkin ia sudah tidak sesuai utk rafiq seiring dgn perkembangannya.... ya. itu pasti jawapan yg sebenar...
Sunday, September 18, 2011
::: Terlalu banyak yg berlaku :::
::: Salam semua…
Ya, sy sememangnya ternanti2 utk membuat entry psal ini.. terlalu banyak yg berlalu dalam seminggu saja..
pertamanya anak kesayangan kena admit di hosp.. masih terngiang2 suara jeritan rafiq di emergency room KPJ Johor.. tatkala nurse hendak mencucuk tangannya utk amik darah.. anak melalak terjerit.. mak pula menangis sampai mencurah2 di tilam… haha.. biasalah, mak mesti over kan??
rafi dimasukkan ke hosp 3 hari 2 malam akibat diarrehea yg agak teruk.. kurang air dalam bdn die menyebabkan die agak tidak bermaya.. kami berdua berkampung di hosp dan ianya ibarat rumah sendiri.. ??!!.. dah katenye pon budak yg sakit, gayanyeee mcm tak sakit. terlompat2 sana sini.. drip kat tgn tu dah 2 kali tercabut.. pening nurse… nasib cun… hihi
ok.. entry disambung semula… satu insiden menimpa kami sekeluarga pada 10 september 2011 yg lalu… KEBAKARAN yg agak menakutkan dan akan terpahat dlm sejarah hidup kami…
yg sedihnya ia berlaku tatkala kami berada nun jauh di pasir gudang.. alhamdulilah tiada nyawa terkorban.. bahagian dapur umah kami hangus terbakar.. nasib ada jiran yg membantu… terima kasih semua!!! Kerugian dianggarkan 5k ++… waa…. sedeyyy… makin membuak2 rs marah pd developer umah baru yg smpai skrg CF tak dpt lagik.. kami terpaksa membeli brg2 dapur sekarang… dan tidak lagi menunggu tibanya CF di depan mata.. hahsss…
kalini kami beli induction cooker utk masak… dan bserta periuk2 yg ber induction skali… (yelah kalau tak nk masak mcm mana kan?) dan dengan ini terbang lahh fulusss terbanggg…. jgn dikejar nanti diri yg sengsara… hahss… amek ko!
ok.. inilah gambar kebakaran tersebut. Kami kini redha dan pasrah dan juga kami bersyukur Allah masih menyelamatkan harta benda lain. kepada mak haqq, terima kasih kerana berada di sisi sy! muahh
jiran2 sedang membantu membersihkan kawasan kejadian.
ohh.. my periuk belanga… sangat sedeyy
Sesungguhnya saya redha ats apa yg berlaku. semoga ianya akan jadi pengajaran pd diri saya dan juga orglain..
Terima kasih tak terhingga pd encik suami yg menyokong penuh diri ini.. tanpa die, pasti sy tidak kuat utk menempuhi dugaan ini…
Saturday, August 6, 2011
::: Saya budak baru belajar :::
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, August 3, 2011
::: Blogging doesn’t mean no privacy :::
::: This is the things tht sy nak share… hurmmm.. why actually people go blogging? betul ke bile kite berblogging means that kite share everything pada dunia luar? for me it doesn’t really a matter of sharing all things..
hurmm… yelah bile bercerita kat blog, not all things yg kite boleh share.. esp regarding on a relationship, marriage .. takan nak cerita keburukkan pasangan masing2 kan.. absolutely for me, YES. in a marriage, it is wrong kalau kite nak mengaibkan pasangan sendiri. but in a relationship mcm tunang ke, bercinta ke, for me, as long as there is a “RELATIONSHIP” tak elok jugak nak bercerita psl hal pasangan kan.? drp kite berkasih2 an, jadi bergaduh plak.
huhu.. contoh skrg, pasal percintaan Apex ngan jejari *un**ng.. huhuh.. (no offense to anybody out there k).. for me, bile kite dah bercinta ngan celebs tu, mmg we have to know our limits lahh.. mmg dulu mungkin beliau dah berblogging sebelum mereka bercinta. But, when they already had a relationship, she should stop from being too excited in telling story yg satu dunia leh tau. huss.. but as a women, pity of her too. sedey and sympathy for her. almaklumlah yr partner tu celebs.. mmg patut not to tell all… lain lah kalau tunang kamu hanya bekerja kerajaan, yg “menurut perintah” dan bukan pembuat dasar.. huhss… itu kalau nak cerita, ada org kesah ke?? rating pon takde lah sampai 5million viewers.. huhsss… ok stop from menjadikan mereka sbg example. (maap ye)
as i mention earlier, mmg tak salah nak berblog, tell and share all story of happiness… but we should know our limit. mcm sy, tell stories about my baby is actually my interests and telling bout happiness mmg selalu org buat lah.. in fact my hubby pon tak kesah if i nak berblog dan share pd semua. as long as sy tak ngumpat dan mengaibkan die. (this is the thing yg kite kena jaga). lagipon blog sy ni bukan ramai follower pon. hahaha.. tak kesah sbb sy pon bukannye banyak jd follower orglain. tak sampai 10 blog kegemaran (tak termasuk rakan2) yg sering sy baca blog mereka. tgk mereka update saja, pasti sy baca ;p…
bagi b2b plak, mmg patut pon uolls nak bercerita psl yr coming wedding. and as a partner of the blogger they should proud yg tunang bercerita perkara2 baik pasalnya.. (as long as tunang anda bukan celebs).. mcm contoh di atas. heheheh…
hurm tahlah, kdg2 org salah guna blog ni, salah faham pon ye jugak. yg nak sebok psl hal org pon sama. tapi bg blogger, they should know this risk. sbb mereka semua dah mempertaruhkannya dgn mempamerkan semua cerita pd khalayak umum. just knw the limit. thts all actually. baru leh kite nak ckp yg blogging doesn’t mean no privacy. ;p
ok dookie… tak sah kalau sy tak end up this entry dgn picture of my interests.. apa lagi.. tgk lahh ..
tido di sebelah sy sambil tutup telinga, seolah2 die sdg mendengar bebelan mamanya… ahaha…
ok, satu gambar saja.. selamat berpuasa.
p/s : peace no war!
Saturday, July 30, 2011
::: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak :::
::: Selamat berjumpa semula wahai bulan yg penuh barakah. Kedatangan kamu sememangnya amat dinanti2kan oleh semua umat Islam…
Tiga kali menyambutnya setelah bergelar isteri.. dan untuk kedua kalinya menyambutnya setelah bergelar ibu.. hurmm.. tahun ni pasti sy akan memontengkan diri drp berpuasa kerana “cuti yg tidak diundang” dan sy pasti juga ia akan berganda2.. OMG.. dulu sy sambut tatkala men”carry” rafiq di dalam perut.. eheh so, puasa penuh lah… eh, sehari saja ponteng kerana kelaparan akibat pembawakan…
tahun lepas plak tidak memontengkan langsung kerana menyahut seruan breastfeeding my baby till the end of ramadhan… so, sy leh membanggakan diri di saat melihat kekawan lain menqada’ puasa.. ahaha.. padan muke dieorg.. tp tahun ni, padan muke aku plak.. sebab yg pasti akan berganda2 pose ganti aku… adehhh…
bermulalah episod bangun seawal jam 5 untuk masak dan menyahurkan diri bersama suami.. atau mungkin anak sy juga turut “bersahur” sama… sebab die mmg pantang tgk org bgn awal… mcm aritu, sy bangun awal utk masak potluck utk ofis kami… kul 5 tengah masak kat dapur , tetiba die muncul tanpa sepatah kata berdiri di hadapan peti ais… mungkin pelik.. ibunya bangun terlalu awal drp biasa… ahahah
so, as usual, bile nak puasa mesti kena shopping brg dapur sehebat yg mungkin bukan… mcmtu juga sy, memenuhkan peti ais dgn stok makanan utk sebulan, atau mungkin belum cukup sebulan dah kena beli lagik.. ahahaha… untuk berbuka, sy prefer masak drp beli.. atau kadang2 saja beli.. mungkin juga jarang2 beli… eh, leh cayer ke?? kite tgk nanti yep… tp mmg agak memuakkan kalau hari2 beli kat pasar ramadhan kan…? huhu
so, dikesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.. semoga kita dapat merasai kehebatan dan kesucian bulan ramadhan tahun ini. Untuk semua, sy memohon ampun dan maaf sekiranya ada buat salah pada uolls, terkata, terumpat dan segala “ter” yg tersenarai…. hihihi.
ok… daaaa….
p/s : dulu arwah mak selalu nyanyi lagu waktu sy kecik2… lagu; “puasa yangyok, pagi2 bukak periuk…”… hihihi
Wednesday, June 29, 2011
::: Lelaki, Perempuan dan dot.. dot.. dot.. :::
::: Sedang menyiapkan kerja ofis, tetiba hati terdetik nak buat entry pasal kejantinaan.
hurm… saya bersyukur sbb menjadi seorang perempuan. tp kekadang, ada sesetengah org tak gembira sebab kita ni seorang perempuan.
Sy nak tegaskan di sini bahawa, tolong lahhh jgn terlalu bersikap prejudis terhadap perempuan. tak semestinya semua lelaki itu bekerja dgn bagus, dan tak semua perempuan itu, kerja tidak bagus.
sy tau lah bahawa “org” yg bercakap itu adalah “lelaki”.. tapi tahukah kamu wahai “lelaki” itu, bahawasanya kamu itu ada anak perempuan, isteri kamu juga adalah seorang perempuan. malahan insan yg melahirkan kamu juga adalahh perempuan? apa perasaan kamu kalau, setiap perbuatan yg kamu buat itu, tuduhan yg kamu lemparkan kepada perempuan2 yg kamu tidak suka… akan berbalik semula pada anak2 kamu, isteri kamu… ntah2 ibu kamu juga…
wht goes around turns around lorrr…..
Adakah dengan situasi ini saya (perempuan) akan bersikap prejudis terhadap lelaki?? saya tidak seperti itu, sebab suami sy adalah lelaki, bapa sy adalah lelaki, dan anak sy juga adalah lelaki…
Inilah situasi yg berlaku di dunia yg fana ini.. tatkala ini… dan ketika ini.. cube kamu lihat, di sekeliling kamu.. knp ditakdirkan ramai perempuan ? di manakah lelaki2 sanjungan kamu? di manakah lelaki2 idaman kamu? di manakah lelaki yg kamu “rewards” saban waktu itu?? adakah die berada di bilik menghadap komputer dan menyiapkan kertas kerja? berada di workstation dan memproses file2 yg bertimbun2? ataupun mereka berada di kedai makan sambil minum teh segelas dan meracuni diri dgn memakan asap rokok 2 kotak??? fikirkan lah wahai kamu…
cuba letak diri kamu di dalam kasut sy? apa rs kamu? wassalamm
Monday, June 13, 2011
::: Jodoh….. :::
::: Bila dah berumah tangga ni kan, dah tukar plak fav artikel2 yg sering di baca.. skrg sy suke bace psl motivasi rumah tangga, keluarga dan mcm2 lah… tadi sy ada terbaca di beautiful nara psl kisah hidup Jimmy Shanley…. jom bace kat beautifulnara… sedeyyyyy…
sanggup bini die buat mcmtu… bukan ke perempuan kalau tgh mengandung mmg sgt2 perlukan sokongan dan kekuatan drp suami… mcmmana bini die boleh buat mcm tu… tak sangka sgt2.. tp, kite sbg org luar yg hanya membaca berita, tanpa mengetahui hal sebenar rumahtangga mereka, hanya boleh mengambil iktibar saja… sebab hanya mereka saja yg tau perkara sebenar kan… ? tak baik bercerita psl keburukan org…
bila berbicara soal jodoh.. mmg lumrah hidup manusia, akan cakap.. jodoh itu ketentuan Ilahi… ya.. benar.. tp jodoh takkan dtg tanpa dicari kan..??? Bab hal nak memilih jodoh plak, hurmmm, mcm2 petua dan rahsia.. masing2 ikut hati masing2…
jodoh saya dah ditentukan oleh Nya… Saya kini bahagia.. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan plak laki bini yg di hadap hari2 kan..? gaduh? sape kate kami tak gaduh? hihihi… tapi baik semula lah… Setiap manusia telah ditetapkan masa depan hidupnya, dan diri sendiri lah yg mencorakkan masa depan masing2.. saya syg jodoh sy.. dan harap jodoh sy pon begitu, syg pada sy… hihihi… kalau tak sayang.. mcm mana boleh keluar ini kannn..
Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan keluarga kecil kami… Memberi kami kehidupan dan kebahagiaan sepanjang hayat… “sesungguhnya perkahwinan itu adalah ikatan yg tersimpul mati, hanya maut yg memisahkan… “
p/s : kpd rakan2ku yg sudah/bakal bertemu jodoh, semoga hidup kalian semua bahagia bersama insan tersayang.. yg masih belum bertemu jodoh, Allah menjanjikan sesuatu yg amat baik utk hidup setiap insan…
p/s lagi : entry di atas tiada kena mengena dgn artikel yg tersiar di majalah 3 pada sabtu (11/6/2011) pasal Desa Temu Jodoh….. huhuhuhu…
daaaa…
Tuesday, May 24, 2011
::: “Syg nak org gaji tak?”
::: 3.48 ptg. 24 May 2011. berbunyi msg di handphone kesayangan. dgn rs gelojoh, terus membaca sms tersebut. drp suami tersayang…
“ Syg nak org gaji tak?”
waahhhh.. tak penah2 die tanya sy soalan mcm tu. mungkin kah die memandang kpd kepayahanku menguruskan umah yg sekangkang kera, anak yg kurang ramai, kekerapan memasak yg sudah kurang dan melipat serta membasuh kain utk 3 org sahaja. hahsss.. mustahil bukan? tapi itulah hakikatnya soalan yg ditanya.. dgn perasaan egoistik dan tidak yakin, sy pon menjawab dgn nada gurau…
“Sapa? abg dah ada gfren baru ke utk dijadikan org gaji?” hahsss.. ayat pedasss bukan..
kemudian ES sy pon letak gambar ini……..
haaaa… inilah die org gaji baru kami.. wakakakakak.. terus tersenyum sendirian sy di ofis tadi….
aduhhh… selebetnya anakku.. dgn berkaki ayam, tak pakai suar, rambut tak bersikat, pampers dah boyot, muka comot.. sambil pegang penyapu.
gambar diambil sabtu lepas, tatkala sy ke kursus selama dua hari.
yg peliknya bile sy sampai umah, elok je budak kecik ni berbedak, baru pas mandi, berbaju spt berbiasa dan rambut tersisir rapi. adakah ini propa si ayah ? hahahaha…
barulah sy tau, mcmni rupanya ayah melayan anaknya bermain tatkala si ibu tiada di sisi… abg.. oh … abg…
anyway, terima kasih abg.. xoxo… muaahhhhss
Thursday, May 5, 2011
::: S-A-H-M :::
::: Stay At Home Mommy… hanya sehari saja…
Harini saya amik EL. Pengasuh rafiq kurang sehat. Jadi sy pon terpaksa bercuti. hoyeaaahhhh… Now im kinda full housewife..
Hebat tul nikmat jadi SAHM ni kan.. mmg sgt heaven lahh. Pagi bangun kul 6.30. kejut anak, tgk ES pegi kerja. Pastu perkara yg teringin sgt sy nak buat adalah.. ajak anak ke taman. bermain2 dan berlari mengambil angin pagi. bestt
kami berdua ke Hutan Bandar Mutiara Rini. Ramainye manusia. ada yg beraerobik, bertaichi.. tak kira bangsa. kami berdua hanya berjalan2 dan berkejaran di situ. Rafiq happy. Mama pon happy. Best tgk org bersenam. Sy tak penah bersenam mcmtu. Teringin nak join mereka2. setelah 40min, kami pun pulang. rafiq pon dah berpeluh2. apatah lagi mama nye.
Sampai kat umah, mandikan si masyam ni, pastu bg makan breakfast nasi lemak. 2 suap aje wokehh.. seploh suap lagik mama yg telan. takkan nak buang kan? ahahaha.. bile dah mandi, dah kenyang, tido time…
Bila anak dah lelap, maka dgn wajibnya mama pon harus lah lelap.. ahahah.. sebelum rafiq bangun, sy dah bangun dulu.. masak2 kat dapur.. then bila die dah bangun, mulalah aktiviti seharian berlaku. Bermain2 sambil tgk Mickey Mouse Clubhouse yg sudah meloyakan tekak aku. hahss.. anak punye pasal kan.. layanzzz..
Petang plak sy cuba rancang aktiviti berdua2an kami.. maka, sy terus angkut rafiq utk ke Jusco dpn umah ni. taddaaa… Jom teman mama shopping k..
Sampai di rumah, terus mandikan die. then tido time… ahaha.. tp kali ni sy tak tertido jgk tau.. harusss tgk tv3… ahahahah
bestt kan jadi SAHM.. tp kalau sy jd SAHM, sape nak byr gaji sy? ES hanyalah pegawai cabuk di Bank “sy mesti pilihhhh”… ES bukan putera william , mahupun anak raja arab keturunan Al Fayed. Kalaulah betul.. bukan setakat gaji sebulan sy mintak. malah lebih dr itu.. pastu mesti sy juga akan berjaya menternak badan menjadi lebih besar drp sekarang yg sudah besar ni kan.. pastu mesti sy jadi pemalas, sebab semua benda org gaji yg buat. pastu jugak mesti sy jadi sombong, bongkak sebab berlakikan org yg kaya raya. pastu kan.. dah, cukup2.. dah banyak dah tu… ahahah
yg penting, kami hanyalah manusia biasa.. yg hanya makan gaji setiap bulan, dan menghabiskan gaji stp hujung bulan, sebab akan dtg awal bulan yg mem”bawa” gaji utk kami… ahahahah
Daaaaa