~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com
Showing posts with label Rafiq's activities. Show all posts
Showing posts with label Rafiq's activities. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

::: Seni itu Bebas :::

::: Selamat petang Malaysia. Hari cuti yg sememangnya indah bangat. Seindah seni yg dilukis tangan. Ya, seni yg dilukis tangan lebih indah daripada seni yg dicetak. Ibarat batik lukis yg lebih menawan daripada batik cetak.

Bukti? Ko ader?


Semakin fokus, ia akan menghasilkan seni yg lebih besar dan cantik. Ibarat sikit2 lama2 jadi bukit. apakah maksud saya?'



Perasaan seorang ibu yg penyabar lagi comel melihat situasi di atas, adalah sgt menyentuh hati. Yg pertama tersentuh kerana anakku dah pandai melukis. Kedua, anakku dah pandai menunjukkan minat menjadi seorg guru. Ketiga, dah tentu tersentuh hati memikirkan cara yg sesuai nak menghilangkan kesan conteng itu.

Biarkan saje. Buatlah rafiq. Buatlah. Kamu mmg kelihatan comel bila menconteng dinding.
(!$#????!!!!##??!!) Ya. sy mmg penyabar. Atau mmg tak sanggup nak marah anak. hahaha.

Sunday, September 18, 2011

::: Terlalu banyak yg berlaku :::

::: Salam semua…

Ya, sy sememangnya ternanti2 utk membuat entry psal ini.. terlalu banyak yg berlalu dalam seminggu saja..

pertamanya anak kesayangan kena admit di hosp.. masih terngiang2 suara jeritan rafiq di emergency room KPJ Johor.. tatkala nurse hendak mencucuk tangannya utk amik darah.. anak melalak terjerit.. mak pula menangis sampai mencurah2 di tilam… haha.. biasalah, mak mesti over kan??

rafi dimasukkan ke hosp 3 hari 2 malam akibat diarrehea yg agak teruk.. kurang air dalam bdn die menyebabkan die agak tidak bermaya.. kami berdua berkampung di hosp dan ianya ibarat rumah sendiri.. ??!!.. dah katenye pon budak yg sakit, gayanyeee mcm tak sakit. terlompat2 sana sini.. drip kat tgn tu dah 2 kali tercabut.. pening nurse… nasib cun… hihi

IMG-20110906-00577

IMG-20110906-00584

IMG-20110906-00586

IMG-20110907-00588

IMG-20110907-00589

IMG-20110907-00590

ok.. entry disambung semula… satu insiden menimpa kami sekeluarga pada 10 september 2011 yg lalu… KEBAKARAN yg agak menakutkan dan akan terpahat dlm sejarah hidup kami…

yg sedihnya ia berlaku tatkala kami berada nun jauh di pasir gudang.. alhamdulilah tiada nyawa terkorban.. bahagian dapur umah kami hangus terbakar.. nasib ada jiran yg membantu… terima kasih semua!!! Kerugian dianggarkan 5k ++… waa…. sedeyyy… makin membuak2 rs marah pd developer umah baru yg smpai skrg CF tak dpt lagik.. kami terpaksa membeli brg2 dapur sekarang… dan tidak lagi menunggu tibanya CF di depan mata.. hahsss…

kalini kami beli induction cooker utk masak… dan bserta periuk2 yg ber induction skali… (yelah kalau tak nk masak mcm mana kan?) dan dengan ini terbang lahh fulusss terbanggg…. jgn dikejar nanti diri yg sengsara… hahss… amek ko!

ok.. inilah gambar kebakaran tersebut. Kami kini redha dan pasrah dan juga kami bersyukur Allah masih menyelamatkan harta benda lain. kepada mak haqq, terima kasih kerana berada di sisi sy! muahh

IMG-20110911-00606 jiran2 sedang membantu membersihkan kawasan kejadian.

IMG-20110911-00605 ohh.. my periuk belanga… sangat sedeyy

IMG-20110911-00601 my washing machine also…. waa

IMG-20110911-00600 gambaran drp hall

Sesungguhnya saya redha ats apa yg berlaku. semoga ianya akan jadi pengajaran pd diri saya dan juga orglain..

Terima kasih tak terhingga pd encik suami yg menyokong penuh diri ini.. tanpa die, pasti sy tidak kuat utk menempuhi dugaan ini…

Friday, July 15, 2011

::: Gambar penghibur hati :::

Kalau saya tgk gambar ni, mesti saya senyum sorang sorang...

hihihihihi





anak saya sedang membantu ibunya melipat kain...

rajin kan..?? ;p

Tuesday, July 12, 2011

::: Die bukan Elvis Presley :::

::: hello dearie… tajuk mcm best.. cerita kat dalam taktau lg.. hihihi…

elvis presley? bukan.. model iklan brylcream?? pon bukan.. hero malaya drama berantai? lagi bukan..

die hanyalah insan biasa.. yg masih mentah dan mempunyai 8 btg gigi.. dan seberat 9 kilo. masih belum mumayiz dan juga baligh.. kahkahkah.. ini bukan sesi nak bongkar rahsia. cume sesi bercerita. sekian.

taddaaa…. kembang semangkuk dan sekembang bunga teratai yg kembang di tasik seri kembangan.. huhuhu..

sesi tanpa minyak rambut….

IMG-20110702-00359 masih steady si kembang semangkuk….

IMG-20110702-00362 mentang2 gunting kat kedai mamak, posing maut ala2 hero hindustan…

IMG-20110702-00363 ambik ko!

IMG-20110702-00365

IMG-20110702-00366

tiada lagi awan nano… pendek dan… terpacak lagi..

IMG-20110709-00393

khas buat anakku rafiqin.. mama nak simpan koleksi gambar2 kamu sampai kamu besar… biar kamu tahu, betapa hensem nye kamu di mata mama… ;p

perkembangan kamu di masa kini~~~

1. OMG… asyik nak mengempeng dan bermanja2 ngan mama ayah je…

2. sudah ajak kami bermain kejar2 round satu rumah

3. asyik korek dan bongkar segala bag2 mama..

4. bila kami dah pegang kunci nak kuar umah, kamu dah ada depan pintu dulu utk menjadi org pertama utk diajak keluar..

5. sudah faham kate2 mama.. walaupun sedikit… tp masih belum cakap bahasa rasmi… hanya boleh cakap bahasa yg mama tak faham..

6. sudah pandai nak minta bukak peti ais.. mintak jajan.. esp air kotak susu dutch lady…

7. melompat2 dan memberi respon yg positif bila diajak menyanyi.

8. berjoget2 dgn memusing2kan badan bila dgr lagu faveret..

9. sudah pandai tutup botol sendiri bile dah habis minum susu (itupun kalau mood baik & tgh rajin)

10. dah pandai main kereta, lori, dan segala mainan yg boleh menyebabkan otak mama kusut nak kemas semula mainan kamu tu… adeehhhh….

11. bila sehari tak kuar rumah, akan memberontakk… OMG

12. dah pandai tekan remote tv… adoiyaiii

itulah anak sy… sudah satu tahun empat bulan… besarr dahhh.. love u sayang….

p/s : he is now behave himself so good beside me, watching MickeyMouse Clubhouse… oh.. heaven… ;p

Saturday, June 18, 2011

::: Bila lah boleh bercakap :::

::: Alhamdulilah. hari ini masih diberi nyawa utk meneruskan perjuangan duniawi.

Cuti. Mmg sgt best. sape tak suke hari cuti kan? Anak sy pon suke bila mama ayah die cuti. Saya? apatah lagi.

Umur skrg 1yr3m9d. Masih belum pandai cakap. Tapi pandai membebel bahasa yg hanya budak sebaya die saja yg fhm. Membebel bukan seminit. Malah kdg2.. hampir 15 minit. Sgt suke bila bebelan itu dilayan oleh ayah. Mungkin die hendak menjawab dan ajak berbual. Tapi kami tetap tidak faham.

IMG-20110610-00272 Ini tgh melayan si kecik ni berborak lah ni.. suke tul die..

Itulah die, jadi mak ni mmg tamak & tak sabar kan? bile anak tak pandai meniarap lagi, tak sbr nak tgk die meniarap. Bile tak pandai merangkak, sebok nak suh die merangkak. Bile tak pandai jalan lagi, sebok dipaksa jalan. skrg, bila tak pandai cakap lagi, sebok nak suh bercakap. Kang nanti bile dah pandai cakap, tak terlayan.. hahss, amik ko!

Hari ni ES sy ada dinner bankrakyat di Melaka. Sgt jeles sebab tak ikot. huhuhu. bukan tak diajak, tp next week akan ke melaka lagik. So, buat ape nak ukur jalan dua tiga kali kan, pegi next week je la sempena sambutan family day ofis saya. leh bwk rafiq jalan2 mandi manda.. tak sabar wokehhh…

Oklah till we meet again.. Malam ni tido dgn anak kesayangan saja….

daaa…

Wednesday, June 15, 2011

::: Sekarang mesti di gel :::

Salam… anak sy dah bujang dah sekarang. rambut pon kalau keluar mesti di gel terlebih dahulu. sebenarnya nak mengelakkan drp kelihatan kembang semangkuk! ahaha

Bila kami gel rambut die dan kelihatan kembang ibarat bunga matahari yg sedang mengembang.. pasti ada mata2 yg melihat sambil tersenyum melihat anak bujang sy ni… hehehe..

isk skrg ni lasak tul si muhammad naail rafiqin ni.. mmg tak tau diam sgt.. takpe.. sy berfikiran positif .. bahawa lasak itu adalah perkara normal dan biasa. ;p

ayah nye takmau potong rambut rafiq lagi.. nak simpan sampai panjang katenye.. mata sy yg melihat yg rimas sbnrnya.. panas kepala budak tu jadinye.. berpeluh2.. urmmm… tp kekadang comel jgk bile rambut kembang..

macam ni..

IMG-20110611-00280 dan kekadang dibuat spikey keatas.. dan kelihatan agak tak jadi.. sebab rambut die keriting.. hihihi..

IMG-20110528-00245 - Copy

IMG-20110528-00250 - Copy

tapi.. bile tak di gel, mcm ni plak jadinya…

IMG-20110521-00220 - Copy

haa… macam2 kan rupanye…. itulah die, anak saya.. dah bujang dahh…

Wednesday, April 27, 2011

::: Jeritan Zahirku :::

::: yell.. yell… yell.. ckp jawa adalah menjerit. hahah..

Entry untuk berkongsi situasi kini. Kanak2 kesayangan sy kini sudah kerap menjerit. kami berperasaan tidak kesah. cuma, orglain kesah tak?

Situasi Satu. Menjerit di rumah sendiri tatkala melihat ayah kasi makan kura2. sehingga nak terkeluar anak tekak rasanya. Hobi baru juga adalah menjerit ketika keadaan tidak mengizinkan utk sesi panjat memanjat. huhs… jeritan yg sgt kuat. setiap malam, but, does it matters? for us, we are happy as long as he’s happy. sy lagik suke dgr sore jeritan itu. bile die senyap, diri ini akan tercari-cari kemerduan suara itu. Perasaan sy : adalah suka.

Situasi Dua. menjerit di hospital. tatkala menanti giliran doc. Kejadian, sabtu lepas. Sgt mencabar sifat keibuan kerana suami tiada di sisi. wht happen? tidak mau didukung. sentiasa ingin dilepaskan. TAPI, bile dilepaskan pon menjerit tak keruan. pls.. pls.. pls.. dont go to hospital w/out daddy again.. cos, i can’t handle it alone. ada org rasa jeritan kanak2 itu adalah comel. tp cube lah bygkan. org sakit yg sdg menunggu turn berjumpa dgn doktor. mereka sedang tension menahan kesakitan. di tambah lagi tension mendengar jeritan. huhuhuhu. Perasaan sy : agak malu.

Situasi Tiga. Menjerit di pusat membeli belah. tidak terlalu heran. sebab keadaan sekeliling dah memang bising dan bukan suara anak sy saja yg memecah hening. perasaan sy : adalah tak kesah.

Kadang-kadang, jeritan itu sememangnya adalah comel. tp bila di situasi dua, keadaan menjadi agak kurang sesuai kerana selalunya hospital adalah tempat org sakit yg memerlukan keadaan aman damai. TAPI, how can we avoid all these? takkan nak tutup mulut anak dgn sapu tangan? takkan nak bagi die ubat tido? huhss.. harap org2 lain memamahi, kerana mereka dulu kecik2 pon mcm itu. (malah lebih teruk (mungkin??… ahahah…))

cuba berfikir positif (dan sememangnya nak sedapkan hati). diantara kanak2 yg riang menjerit2, terlompat2, dan aktif berlari2…. dengan…. kanak2 yg duduk diam, tidak aktif dan takut nak explore new things… mana yg kamu mahu..? jawapannya sudah ada.

Bagi saya, kanak2 yg aktif itu adalah sihat. kanak2 yg terlompat2 itu adalah ahli sukan. kanak2 yg berlari2 itu adalah pandai. kanak2 yg menjerit2 itu adalah becok.. ahahahah..

becok ke?

IMG_1879

IMG_1854ada tokoh tak?? ehehe

IMG_1869

baru lepas menjerit lah ni..

IMG_1878

p/s : walau apa pun perangai kamu, mama tetap sayang kamu.

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...