~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com
Showing posts with label Rafiq's developments. Show all posts
Showing posts with label Rafiq's developments. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

::: Eating Disorder :::


Eating disorder. Entry yg sy rs nak share pd semua. This is the thing yg sy face hari2.. Tp bukan sy yg having eating disorder ni. Thts my baby...

OMG.. Smpai satu tahap rs sgt fed up, smpai naik darah sampai kpl akibat anak yg tak mau @ erti kate lain; susah nyeee nk mkn..

Just imagine, woke up early in the morning just wanna cook him a chicken soup, & bring it to his nanny. But yet bile amik die ptg, pengasuh bgtau yg die tak mkn lgsung. Dan suruh sy jgn bwk lg. Tp, sy degil dan bwk jugak utk esok hari. & perkara yg sama jugeee happened.. SO SAD.. Even sy dah tukar menu hari2.. Kdg2 makaroni & soup, nasi & lauk lemak, sup ikan bilis.. Tapi... Mendukacitakan...

Kenapa nak msk kalau die taknak makan???!! Hurrmmm.. Mestilah kena msk walaupun die taknak makan. Sebab kadang2 die makan.. Itu yg kite taktau bila "kadang-kadang" itu terjadi. Ikut mood kah? Tp mcm mana nk tau "mood" itu akan datang secara mengejutkan.. Hahsss.. So, wht should I do??

Nak tukar susu ke?? Dulu frm newborn till 1 year, rafiq tak mkn benda lain selain drp my own BM. Then, start from 1 year & untill now, sy bg die pedeasure.. Susu for a picky eater baby. Thts the reason I choose pedeasure.. As I understand, pedeasure ni mmg mengenyangkan. Mybe thts the reason yg rafiq selalu kenyang..

My ES selalu ckp suh tukar susu. But I think yg susu ni sgt bagus & tak penah mendatangkan masalah pd rafiq (contohnya mcm kembung ke, susah berak ke).. So far mmg bagus.. Tp itu lah, hurmmm mcm mana ye..

Thinking of nak tukar susu saje.. But pity of him, takut seorang bdk yg picky eater tak cukup zat.. Hahss.. Susahnye jd mak nak fikir benda ni..

Oklah, wait untill a week @ two.. Tgk mcm mana.. Nak tukar susu pon susah kan?? Hahaah.. Mcm2 kena fikir.. ☺

Hurmm.. Nak share jugak aktiviti kami di hari keenam bulan ramadhan.. Yeahh.. Dpt jejalan setelah mcm lama tak kuar.. (Seminggu mungkin) ;p.. Hanya ke Jusco sahaja.. Mencari hadiah utk jiran yg baru lepas bersalin.. Sambil membelikan si bujang hot wheels kegemarannya.. (Sy pon pelik sbb die begitu taksub dgn kereta2 kecik) , tido pon klu leh nk pegang kete die tuh... Then otw balik kami ke bazar ramadhan Taman Perling. Mcm2 adaaa... Boleh pegi sini lagi, sbb best.. Huhuhu..


Oklah nak layan drama tv3. Mcm best je.. Daaaa


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Friday, July 22, 2011

::: Mama sy mmg cenggini :::

::: This is my mum.. she loves shopping for me. and yet she forgot to buy for herself. pegi lah memana pon, mama sy pasti belikan sesuatu utk sy. dan, sy pasti suka.

tgklah , ini buktinya.. bila kami ke kl tempohari. macam2 mama sy beli untuk sy. sy kenalah ikut taste mama sy (walaupun kdg2 sy terpaksa).. huhss. tp mama sy akan cube buat yg terbaik utk saya. sbb die syg sy lah!

ini baju raya sy.. banyakkan? dan pastinya kalau sy ada ‘adik’ nanti, adik sy akan pakai semua “bekas” sy.. tp adik saya mesti lelaki lah.. hhihihihihi..

sy pasti raya nanti mesti sy happy dan bergaya. sbb sy ada baju banyak. baju2 ni juga termasuk baju yg opah, tokwan & mama su belikan utk sy waktu trip opah ke UK aritu. (mode sy berdouble2 happy) sebab semua org ingat kat sy.

jom tgk baju raya sy…

IMG-20110721-00430 IMG-20110721-00432 IMG-20110721-00431

eh… awk kenal tak mama sy??

inilah die..

Kajang-20110719-00413

p/s : gambar mama pakai spect baru … wink*wink*

Tuesday, July 12, 2011

::: Die bukan Elvis Presley :::

::: hello dearie… tajuk mcm best.. cerita kat dalam taktau lg.. hihihi…

elvis presley? bukan.. model iklan brylcream?? pon bukan.. hero malaya drama berantai? lagi bukan..

die hanyalah insan biasa.. yg masih mentah dan mempunyai 8 btg gigi.. dan seberat 9 kilo. masih belum mumayiz dan juga baligh.. kahkahkah.. ini bukan sesi nak bongkar rahsia. cume sesi bercerita. sekian.

taddaaa…. kembang semangkuk dan sekembang bunga teratai yg kembang di tasik seri kembangan.. huhuhu..

sesi tanpa minyak rambut….

IMG-20110702-00359 masih steady si kembang semangkuk….

IMG-20110702-00362 mentang2 gunting kat kedai mamak, posing maut ala2 hero hindustan…

IMG-20110702-00363 ambik ko!

IMG-20110702-00365

IMG-20110702-00366

tiada lagi awan nano… pendek dan… terpacak lagi..

IMG-20110709-00393

khas buat anakku rafiqin.. mama nak simpan koleksi gambar2 kamu sampai kamu besar… biar kamu tahu, betapa hensem nye kamu di mata mama… ;p

perkembangan kamu di masa kini~~~

1. OMG… asyik nak mengempeng dan bermanja2 ngan mama ayah je…

2. sudah ajak kami bermain kejar2 round satu rumah

3. asyik korek dan bongkar segala bag2 mama..

4. bila kami dah pegang kunci nak kuar umah, kamu dah ada depan pintu dulu utk menjadi org pertama utk diajak keluar..

5. sudah faham kate2 mama.. walaupun sedikit… tp masih belum cakap bahasa rasmi… hanya boleh cakap bahasa yg mama tak faham..

6. sudah pandai nak minta bukak peti ais.. mintak jajan.. esp air kotak susu dutch lady…

7. melompat2 dan memberi respon yg positif bila diajak menyanyi.

8. berjoget2 dgn memusing2kan badan bila dgr lagu faveret..

9. sudah pandai tutup botol sendiri bile dah habis minum susu (itupun kalau mood baik & tgh rajin)

10. dah pandai main kereta, lori, dan segala mainan yg boleh menyebabkan otak mama kusut nak kemas semula mainan kamu tu… adeehhhh….

11. bila sehari tak kuar rumah, akan memberontakk… OMG

12. dah pandai tekan remote tv… adoiyaiii

itulah anak sy… sudah satu tahun empat bulan… besarr dahhh.. love u sayang….

p/s : he is now behave himself so good beside me, watching MickeyMouse Clubhouse… oh.. heaven… ;p

Saturday, June 18, 2011

::: Bila lah boleh bercakap :::

::: Alhamdulilah. hari ini masih diberi nyawa utk meneruskan perjuangan duniawi.

Cuti. Mmg sgt best. sape tak suke hari cuti kan? Anak sy pon suke bila mama ayah die cuti. Saya? apatah lagi.

Umur skrg 1yr3m9d. Masih belum pandai cakap. Tapi pandai membebel bahasa yg hanya budak sebaya die saja yg fhm. Membebel bukan seminit. Malah kdg2.. hampir 15 minit. Sgt suke bila bebelan itu dilayan oleh ayah. Mungkin die hendak menjawab dan ajak berbual. Tapi kami tetap tidak faham.

IMG-20110610-00272 Ini tgh melayan si kecik ni berborak lah ni.. suke tul die..

Itulah die, jadi mak ni mmg tamak & tak sabar kan? bile anak tak pandai meniarap lagi, tak sbr nak tgk die meniarap. Bile tak pandai merangkak, sebok nak suh die merangkak. Bile tak pandai jalan lagi, sebok dipaksa jalan. skrg, bila tak pandai cakap lagi, sebok nak suh bercakap. Kang nanti bile dah pandai cakap, tak terlayan.. hahss, amik ko!

Hari ni ES sy ada dinner bankrakyat di Melaka. Sgt jeles sebab tak ikot. huhuhu. bukan tak diajak, tp next week akan ke melaka lagik. So, buat ape nak ukur jalan dua tiga kali kan, pegi next week je la sempena sambutan family day ofis saya. leh bwk rafiq jalan2 mandi manda.. tak sabar wokehhh…

Oklah till we meet again.. Malam ni tido dgn anak kesayangan saja….

daaa…

Wednesday, June 15, 2011

::: Sekarang mesti di gel :::

Salam… anak sy dah bujang dah sekarang. rambut pon kalau keluar mesti di gel terlebih dahulu. sebenarnya nak mengelakkan drp kelihatan kembang semangkuk! ahaha

Bila kami gel rambut die dan kelihatan kembang ibarat bunga matahari yg sedang mengembang.. pasti ada mata2 yg melihat sambil tersenyum melihat anak bujang sy ni… hehehe..

isk skrg ni lasak tul si muhammad naail rafiqin ni.. mmg tak tau diam sgt.. takpe.. sy berfikiran positif .. bahawa lasak itu adalah perkara normal dan biasa. ;p

ayah nye takmau potong rambut rafiq lagi.. nak simpan sampai panjang katenye.. mata sy yg melihat yg rimas sbnrnya.. panas kepala budak tu jadinye.. berpeluh2.. urmmm… tp kekadang comel jgk bile rambut kembang..

macam ni..

IMG-20110611-00280 dan kekadang dibuat spikey keatas.. dan kelihatan agak tak jadi.. sebab rambut die keriting.. hihihi..

IMG-20110528-00245 - Copy

IMG-20110528-00250 - Copy

tapi.. bile tak di gel, mcm ni plak jadinya…

IMG-20110521-00220 - Copy

haa… macam2 kan rupanye…. itulah die, anak saya.. dah bujang dahh…

Wednesday, April 27, 2011

::: Jeritan Zahirku :::

::: yell.. yell… yell.. ckp jawa adalah menjerit. hahah..

Entry untuk berkongsi situasi kini. Kanak2 kesayangan sy kini sudah kerap menjerit. kami berperasaan tidak kesah. cuma, orglain kesah tak?

Situasi Satu. Menjerit di rumah sendiri tatkala melihat ayah kasi makan kura2. sehingga nak terkeluar anak tekak rasanya. Hobi baru juga adalah menjerit ketika keadaan tidak mengizinkan utk sesi panjat memanjat. huhs… jeritan yg sgt kuat. setiap malam, but, does it matters? for us, we are happy as long as he’s happy. sy lagik suke dgr sore jeritan itu. bile die senyap, diri ini akan tercari-cari kemerduan suara itu. Perasaan sy : adalah suka.

Situasi Dua. menjerit di hospital. tatkala menanti giliran doc. Kejadian, sabtu lepas. Sgt mencabar sifat keibuan kerana suami tiada di sisi. wht happen? tidak mau didukung. sentiasa ingin dilepaskan. TAPI, bile dilepaskan pon menjerit tak keruan. pls.. pls.. pls.. dont go to hospital w/out daddy again.. cos, i can’t handle it alone. ada org rasa jeritan kanak2 itu adalah comel. tp cube lah bygkan. org sakit yg sdg menunggu turn berjumpa dgn doktor. mereka sedang tension menahan kesakitan. di tambah lagi tension mendengar jeritan. huhuhuhu. Perasaan sy : agak malu.

Situasi Tiga. Menjerit di pusat membeli belah. tidak terlalu heran. sebab keadaan sekeliling dah memang bising dan bukan suara anak sy saja yg memecah hening. perasaan sy : adalah tak kesah.

Kadang-kadang, jeritan itu sememangnya adalah comel. tp bila di situasi dua, keadaan menjadi agak kurang sesuai kerana selalunya hospital adalah tempat org sakit yg memerlukan keadaan aman damai. TAPI, how can we avoid all these? takkan nak tutup mulut anak dgn sapu tangan? takkan nak bagi die ubat tido? huhss.. harap org2 lain memamahi, kerana mereka dulu kecik2 pon mcm itu. (malah lebih teruk (mungkin??… ahahah…))

cuba berfikir positif (dan sememangnya nak sedapkan hati). diantara kanak2 yg riang menjerit2, terlompat2, dan aktif berlari2…. dengan…. kanak2 yg duduk diam, tidak aktif dan takut nak explore new things… mana yg kamu mahu..? jawapannya sudah ada.

Bagi saya, kanak2 yg aktif itu adalah sihat. kanak2 yg terlompat2 itu adalah ahli sukan. kanak2 yg berlari2 itu adalah pandai. kanak2 yg menjerit2 itu adalah becok.. ahahahah..

becok ke?

IMG_1879

IMG_1854ada tokoh tak?? ehehe

IMG_1869

baru lepas menjerit lah ni..

IMG_1878

p/s : walau apa pun perangai kamu, mama tetap sayang kamu.

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...