::: hahah.. gelak dulu sebelum digelakkan..
Isnin yang nyaman. sebab harini tiada kejadian yg merobek hati berlaku. saya adalah happy. jumpe kawan lama sewaktu keje di kl dulu. die ada tugas rasmi ke Johor. teringat zaman keje di kl. department yg paling sibuk. tp happy dgn kekawan yg se”otak” dgnnya. ;p .. bergelak tawa, terkekek2. bersedih sama, tersedu2. tapi kami bersatu hati bila menjawab isu yg disoal oleh boss. terima kasih kekawan. memberi kenangan terhebat utk saya.
di sini sy juga happy. happy sebab ada keluarga. dulu di kl berjauhan dengan encik suami. kini tidak lagi. ada pros and cons bila bekerja di mana2 tempat.
1. dulu di kl, balik jam 8.30malam selalunya. cuma tidak sembahyang subuh dan isyak saja di ofis. (faham bukan maksud saya). kini di jb, punch card tepat jam 5. (jika tiada mesyuarat yg kekerapannya boleh dihitung dgn jari)
2. dulu di kl, kekawan sgt hebat. bersembang bagai nak rak. tp keje sgt tip top. kini di jb, kawan pon ada jugak. tp tidak se”41” dgnnya. (faham bukan).tp semua kawan adalah manusia paling hebat walaupun berlainan paku di lengan.
3. dulu di kl, tidak punya life yg lapang spt lapangan terbang. kini di jb, life sy sgt lapang dan terbuka luas ibarat 10 kali padang bola.
4. dulu di kl, tempuh jem yg rasa mcm nak muntah depan steering. kini di jb, jalan agak lengang kerana ada pintas. ;p
5. dulu di kl, duit mengalir mcm air, sbb dugaan di hadapan kelopak mata bertingkat2. spt bangunan sogo yg sering dijejaki dan jalan TAR yg sudah lama berturap. kini di jb, amat terhad. walaupun kurang pilihan, tetapi, sy menganggap kekurangan itu adalah kebaikan.
6. dulu di kl, sy bersaiz M. kini di jb, sy bersaiz L. hahahah.
Motif entry ini adalah ingin menekankan perkara di perenggan enam (6).
Kini saya sudah mengambil produk “XYZ” untuk mengecilkan badan sy. kenapa produk “XYZ”? sebab saya tidak dibayar utk pengiklanan. Harap usaha sy untuk kembali spt dulu berjaya. kerana azam sy sgt kuat utk itu. Kini berat badan sy amat mendukacitakan. oleh itu keputusan utk perkara ini diambil dgn hati yg terbuka tanpa dipaksa.
dulu….
**sila sediakan baldi jika terasa loya melihat gambar di atas.. ala2 berlari di Miami beach bukan? ;p
kini…
dan apa yg boleh sy kata bila melihat perbezaan ketara gambar2 di atas adalah….
OMG!
p/s : sesungguhnya perbezaan ketara disebalik gambar yg dipaparkan adalah .. dulu bergambar bersendirian dan kini bergambar bersama yg tersayang. bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat Allah.
sudah tahu rahsianya..
ReplyDeletetapi nanti bila sudah stabil mau mencuba juga..
chiayok mama..!!
aku nak tahu gak rahsianya!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteina, ko dah cukup kurus untuk itu!
ReplyDelete