~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Tuesday, April 12, 2011

::: Cerita anak lagi baik :::

::: Minggu ini mood saya agak ok berbanding dgn minggu lepas yg memalangkan. hahs.. walaupun minggu ni sy rase mcm banyak keje, tp sy mcm boleh settle.. ecehhh… minggu lepas perangai agak “melawan, menengking, dan bercakap agak kasar”. kenapa sy buat mcm tu, adalah kerana saya “dilawan, ditengking dan dicakap agak kasar” oleh org lain.. hahah.. ok stop. malas eden nak pikir. lantaklah labu.

cerita pasal anak masyam lagik baguih kan?

budak masyam ni mmg semakin hari semakin lincah, banyak akal, makin comey ngan ke”notti”an nye yg kadang2 menguji hati seorg ibu mithali.

IMG-20110411-00065 ~muka notti kan~

Sekarang sudah semakin meningkat kemajuannya.. sama seperti memanjat kerusi dan meja yang bertingkat2 tingginya. bile dah sampai atas.. clap hands.. yeahhh.. sy berjaya ke puncak.. sy berjaya memanjat tinggi.. sampai nak terjatuh pon masih buat bodo.

IMG-20110411-00062 ~belajar puzzles hanya sekejap~

Sudah menjadikan handphone mama & ayah sbg mainan baru.. seolah2 handphone itu baru dibeli di Toys “r” Us yang berjenama fisher price.. wallahhh… menguji bukan? tatkala mendapat handphone, beliau akan berlari satu umah sambil menjerit2 kesukaan yang beliau berjaya mencilok handphone yg diletakkan di atas meja makan. Kini meja makan adalah tempat tidak selamat.

IMG-20110411-00068 ~tgk tv yg banyak~

Sudah pandai tgk kartun. Mickeymouse clubhouse adalah kartun feveret nya. hehe.. mama leh goreng blog di saat kartun yg direkod ditayangkan. (sampai haku dah naik hafal lagu2 dan dialog dalam kartun ni) ..

sudah sgt susah bangun pagi. bila dikejut oleh ayah, akan menjerit kemarahan dan tido semula. boleh? mama nak go work lah syg hoiii..

pegang botol susu juga sudah boleh diajar dan dilentur. walaupon kekadang habis basah baju dan tilam kerana botol susu yg dipegang ditenyeh2 dan dicampak2 ke lantai. tapi perkara itu cube difikir positif dan boleh dibanggakan oleh sy kerana kini beliau sudah pandai pegang botol walaupun sekejap, setelah umurnya 1 tahun 1 bulan. ahaha

IMG-20110411-00070 ~perut seksi terselak tanpa sedar~

beliau juga sgt lincah tatkala jam 10 malam. ini adalah saat kegirangan beliau yg dirasakan masa yg sesuai utk bermain, melompat2, membongkar baju dlm almari, menjerit2 suka dikejar, memanjat2 katil sambil melompat2 terkinja2. dan mama? dah tiga kali bangun daripada tido die masih belum tido. nasib badan kan?

yg terakhir adalah.. masih belum suka makan.. sgt memeningkan kepala si ibu yg sgt obses dengan kekecilan badan anaknya. owwhh.. terus pening berfikir sampai dah takleh nak goreng blog.. pening… macam mana nak bg die suke makan… pening.. pening.. pening..

No comments:

Post a Comment

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...