~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Wednesday, June 29, 2011

::: Lelaki, Perempuan dan dot.. dot.. dot.. :::

::: Sedang menyiapkan kerja ofis, tetiba hati terdetik nak buat entry pasal kejantinaan.

hurm… saya bersyukur sbb menjadi seorang perempuan. tp kekadang, ada sesetengah org tak gembira sebab kita ni seorang perempuan.

Sy nak tegaskan di sini bahawa, tolong lahhh jgn terlalu bersikap prejudis terhadap perempuan. tak semestinya semua lelaki itu bekerja dgn bagus, dan tak semua perempuan itu, kerja tidak bagus.

sy tau lah bahawa “org” yg bercakap itu adalah “lelaki”.. tapi tahukah kamu wahai “lelaki” itu, bahawasanya kamu itu ada anak perempuan, isteri kamu juga adalah seorang perempuan. malahan insan yg melahirkan kamu juga adalahh perempuan? apa perasaan kamu kalau, setiap perbuatan yg kamu buat itu, tuduhan yg kamu lemparkan kepada perempuan2 yg kamu tidak suka… akan berbalik semula pada anak2 kamu, isteri kamu… ntah2 ibu kamu juga…

wht goes around turns around lorrr…..

Adakah dengan situasi ini saya (perempuan) akan bersikap prejudis terhadap lelaki?? saya tidak seperti itu, sebab suami sy adalah lelaki, bapa sy adalah lelaki, dan anak sy juga adalah lelaki…

Inilah situasi yg berlaku di dunia yg fana ini.. tatkala ini… dan ketika ini.. cube kamu lihat, di sekeliling kamu.. knp ditakdirkan ramai perempuan ? di manakah lelaki2 sanjungan kamu? di manakah lelaki2 idaman kamu? di manakah lelaki yg kamu “rewards” saban waktu itu?? adakah die berada di bilik menghadap komputer dan menyiapkan kertas kerja? berada di workstation dan memproses file2 yg bertimbun2? ataupun mereka berada di kedai makan sambil minum teh segelas dan meracuni diri dgn memakan asap rokok 2 kotak??? fikirkan lah wahai kamu…

cuba letak diri kamu di dalam kasut sy? apa rs kamu? wassalamm

Saturday, June 18, 2011

::: Bila lah boleh bercakap :::

::: Alhamdulilah. hari ini masih diberi nyawa utk meneruskan perjuangan duniawi.

Cuti. Mmg sgt best. sape tak suke hari cuti kan? Anak sy pon suke bila mama ayah die cuti. Saya? apatah lagi.

Umur skrg 1yr3m9d. Masih belum pandai cakap. Tapi pandai membebel bahasa yg hanya budak sebaya die saja yg fhm. Membebel bukan seminit. Malah kdg2.. hampir 15 minit. Sgt suke bila bebelan itu dilayan oleh ayah. Mungkin die hendak menjawab dan ajak berbual. Tapi kami tetap tidak faham.

IMG-20110610-00272 Ini tgh melayan si kecik ni berborak lah ni.. suke tul die..

Itulah die, jadi mak ni mmg tamak & tak sabar kan? bile anak tak pandai meniarap lagi, tak sbr nak tgk die meniarap. Bile tak pandai merangkak, sebok nak suh die merangkak. Bile tak pandai jalan lagi, sebok dipaksa jalan. skrg, bila tak pandai cakap lagi, sebok nak suh bercakap. Kang nanti bile dah pandai cakap, tak terlayan.. hahss, amik ko!

Hari ni ES sy ada dinner bankrakyat di Melaka. Sgt jeles sebab tak ikot. huhuhu. bukan tak diajak, tp next week akan ke melaka lagik. So, buat ape nak ukur jalan dua tiga kali kan, pegi next week je la sempena sambutan family day ofis saya. leh bwk rafiq jalan2 mandi manda.. tak sabar wokehhh…

Oklah till we meet again.. Malam ni tido dgn anak kesayangan saja….

daaa…

Wednesday, June 15, 2011

::: Sekarang mesti di gel :::

Salam… anak sy dah bujang dah sekarang. rambut pon kalau keluar mesti di gel terlebih dahulu. sebenarnya nak mengelakkan drp kelihatan kembang semangkuk! ahaha

Bila kami gel rambut die dan kelihatan kembang ibarat bunga matahari yg sedang mengembang.. pasti ada mata2 yg melihat sambil tersenyum melihat anak bujang sy ni… hehehe..

isk skrg ni lasak tul si muhammad naail rafiqin ni.. mmg tak tau diam sgt.. takpe.. sy berfikiran positif .. bahawa lasak itu adalah perkara normal dan biasa. ;p

ayah nye takmau potong rambut rafiq lagi.. nak simpan sampai panjang katenye.. mata sy yg melihat yg rimas sbnrnya.. panas kepala budak tu jadinye.. berpeluh2.. urmmm… tp kekadang comel jgk bile rambut kembang..

macam ni..

IMG-20110611-00280 dan kekadang dibuat spikey keatas.. dan kelihatan agak tak jadi.. sebab rambut die keriting.. hihihi..

IMG-20110528-00245 - Copy

IMG-20110528-00250 - Copy

tapi.. bile tak di gel, mcm ni plak jadinya…

IMG-20110521-00220 - Copy

haa… macam2 kan rupanye…. itulah die, anak saya.. dah bujang dahh…

Monday, June 13, 2011

::: Jodoh….. :::

::: Bila dah berumah tangga ni kan, dah tukar plak fav artikel2 yg sering di baca.. skrg sy suke bace psl motivasi rumah tangga, keluarga dan mcm2 lah… tadi sy ada terbaca di beautiful nara psl kisah hidup Jimmy Shanley…. jom bace kat beautifulnara… sedeyyyyy…

sanggup bini die buat mcmtu… bukan ke perempuan kalau tgh mengandung mmg sgt2 perlukan sokongan dan kekuatan drp suami… mcmmana bini die boleh buat mcm tu… tak sangka sgt2.. tp, kite sbg org luar yg hanya membaca berita, tanpa mengetahui hal sebenar rumahtangga mereka, hanya boleh mengambil iktibar saja… sebab hanya mereka saja yg tau perkara sebenar kan… ? tak baik bercerita psl keburukan org…

bila berbicara soal jodoh.. mmg lumrah hidup manusia, akan cakap.. jodoh itu ketentuan Ilahi… ya.. benar.. tp jodoh takkan dtg tanpa dicari kan..??? Bab hal nak memilih jodoh plak, hurmmm, mcm2 petua dan rahsia.. masing2 ikut hati masing2…

jodoh saya dah ditentukan oleh Nya… Saya kini bahagia.. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan plak laki bini yg di hadap hari2 kan..? gaduh? sape kate kami tak gaduh? hihihi… tapi baik semula lah… Setiap manusia telah ditetapkan masa depan hidupnya, dan diri sendiri lah yg mencorakkan masa depan masing2.. saya syg jodoh sy.. dan harap jodoh sy pon begitu, syg pada sy… hihihi… kalau tak sayang.. mcm mana boleh keluar ini kannn..

IMG-20110611-00285

Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan keluarga kecil kami… Memberi kami kehidupan dan kebahagiaan sepanjang hayat… “sesungguhnya perkahwinan itu adalah ikatan yg tersimpul mati, hanya maut yg memisahkan… “

p/s : kpd rakan2ku yg sudah/bakal bertemu jodoh, semoga hidup kalian semua bahagia bersama insan tersayang.. yg masih belum bertemu jodoh, Allah menjanjikan sesuatu yg amat baik utk hidup setiap insan…

p/s lagi : entry di atas tiada kena mengena dgn artikel yg tersiar di majalah 3 pada sabtu (11/6/2011) pasal Desa Temu Jodoh….. huhuhuhu…

daaaa…

Saturday, June 4, 2011

::: Sy sudah mabuk :::

::: hellopss… ye.. ye.. sy kini mabuk. mabuk menonton drama bersiri nora elena. sana sini org cerita psl drama ni. termasuk sy. mungkin sebab watak Seth Tan yg dibawak oleh Aaron aziz sgt mantap dan sgt best serta romantik. sampai semua wanita2 di luar sana yg sudah bersuami merasakan suami mereka tidak seromantik Seth Tan.

Oh Seth Tan.. (sila sebut betul2 eh). kenapa kamu sunggu romantik ehh.. ok stop.. nak tau kesudahan cerita nora elena ni kalau betul endingnya sama mcm novel.. anda leh klik link ini ;p… tapi mungkin ending nye lain…

baru baca beberapa perenggan dlm novel tu je dah rasa best kan.. mesti kalau baca the whole book lagi best.. anyway, bagi sy, bile tgk cerita ni sy teringat cerita love story korea yg pernah di layan suatu ketika dulu. dan tak pernah pon lagi fenomena nora elena ni melanda malaysia dgn tak kira laki ke pompuan ke, layan drama ni.. even my husband pon layan… mcm cerita asmara, ramai juga pakcik2 dan abang2 yg layan. tapi mungkin jalan cerita yg berlainan dalam drama asmara yg terlalu banyak konflik menyebabkan watak yg di pegang oleh Shah Jaszle tidak begitu digilai spt Seth Tan. dan sy rasa, Aaron Aziz mmg did a good job lahh!

Anyway, ini barulah dikatakan “fenomena” kerana menayangkan drama yg sgt best. dan diminati oleh semua org. dan mana2 yg tak tgk cerita ni pasti akan merasa ketinggalan apabila kekawan sekeliling bercerita psl drama ni kan..? hihihi. Tahniah Tv3..

NE

p/s : Oh ….. Seth Tan…

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...