~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, January 31, 2011

::: Berita terkini yang rasa mcm nak share :::


::: Berita terkini yang mmg nak share sebenarnya. Gembira dan sedih. sampai mcm nak nangis. hah. sy tipu. belum nangis lagik..

Minyak RON97 akan naik lagi 10sen. kenapa ini jadi berita terkini? sebab ramai yang mengeluh. sy bukan mengeluh, tp bercerita. kenapa org yg tidak guna RON97 pon sibuk mengeluh? sebab nak menggempakkan cerita atau bersimpati dgn nasib orglain yang guna minyak itu. eh, bukan minyak jenis tu utk org kaya2 ke? kenapa nak bersimpati plak? *berfikir* ... atau mungkin lepas ni harga brg2 akan naik. sbb tu ramai yg mengeluh. Bagi sy, minyak naik ke, tak nak naik ke.. sy tetap sama. masih menggunakan kereta dan tidak menaiki basikal ke tempat kerja. bukan tak mau kisah... sebabnya adalah sy guna RON95. hah! itulah sebabnya sy buat dek jep... sbg penjawat awam, sy tak mao komen pape. sbb nanti kena buang kerja. hihihi... terima kasih kerajaan, berikan rezeki utk sy berkhidmat demi negara. ;p

Krisis di Mesir. Jauh nye aku berfikir malam ni, sampai ke mesir. bukan apa, waktu keje kat kl dulu, sy sentiasa amik berat pasal student MARA di luar negara. maklumlah, mesir adalah antara negara yg menjadi favor kepada student2 SPC MARA. erm, harap2 semua pelajar berada dalam keadaan yang baik. siann dieorg. harap pihak berkenaan dpt buat sesuatu lah. bawa saja mereka pulang.. (terfikir lagik.. ada baiknya sy tak belajar di over da sea. yelah, mcm2 kemungkinan samada baik @ buruk boleh berlaku. dan sebenarnya.. mmg sy tak layak pon.. kah.. kah.. kah.. kah..)

Hujan emas di negeri org, hujan lebat di negeri sendiri. huhsss.. mmg lebat pon hujan sekarang.. berdoa pada Allah supaya dipelihara keluarga sy daripada sebarang mcm bencana yang tidak diingini. otw ke ofis tadik ade pokok tumbang. jalan yg biasa dilalui terpaksa ditutup. mungkin angin kuat sgt malam td. dan yg paling tak best bila hujan adalah, baju tidak kering dan terpaksa dijemur di bawah kipas yg dibuka selaju no. 5 . hanya anak sy saja yg suke hujan. sebab bila dihantar ke umah pengasuh samada pegi / balik, sy dukung bersama payung dan beg galas.. bila diletak saja ke car seat dia akan meronta2 untuk didukung dan dibawa jejalan di bawah hujan sambil membawa payung dan beg galas. hurmmm... dgn tangan yg lenguh, sy kena dukung die sambil membawa payung dan bag galas, bersiar2 mengikut jalan yg agak jauh sebelum ke kereta.. huhsssss... memang sy akan mengeluh panjang sebab penat! (motif ayat diulang2 adalah untuk menyatakan betapa real nya sy beraksi spt super woman. )

dan yang terakhir tp bukan paling akhir adalah .. sy mau bercerita ttg seorang budak yg sgt kemaruk untuk berjalan walaupun masih terhuyung hayang. hihih... ya, anak sy sudah pandai jalan. walaupun agak kelakar, tp bg kami, "kelakar" itu adalah comel. yelah org dewasa takkan jalan terhuyung hayang (kecuali org dewasa yg mabuk/ pening)..hihihi... pasni bolehlah mama bwk rafiq pegi playground k..



p/s : knp baju yg sama saja dipakaikan?? sbb baju yg lama (size kecil) masih muat dan baju yg baru dibeli (size besar skit) tak muat lagikk utk dipakai.. ahahahah.. ya! anak sy mmg comel (comel di sini membawa maksud "tidak besar" ) sekian

1 comment:

  1. alahai..
    jalan sikit pastu jatuh..
    pastu terhuyung hayang..
    terkedek kedek..
    alalalalala..
    comelnya rafiq dah pandai jalan..

    mama sila simpan tenaga untuk mengejar saya tau :)

    ReplyDelete

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...