~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, January 10, 2011

::: His new haircut ! :::

::: Hari yg indah, tenang lagi tenteram. tanpa mengangkat phone di office, tanpa menghadap file2 yg bertimbun, tanpa melihat skrin komputer di office. yeahhh! sy masih cuti!** jom lompat** lompat***

Cuaca di ipoh harini sgt chantekk. Mood bershopping jugak chantekk. 1st destinantion adalah ke bank utk hapdate asb. ahaha. itu pon mau cerita ka? mestilah, "itu uwang, wa mau pegi joli maaa..." takde.. takde.. takde.. niat di hati utk menshopping tingkap sahaja.

Kami ke greentown mall ipoh. kami ? (kami itu bermaksud saya, ES, MIL dan BIL)... sambung balik, tempat ni ala2 mcm angsana, jb. tempat org melayu membeli dan membelah. di sini, niat hati sy yg suci murni ni nak beli tudung dan nak beli baju kurung ready made. jalan punye jalan ada berkenan baju kurung (material kain from bandung). mmg sgt chantekk. hanya kedai die sahaja yg ade jual baju kurung spt itu. TAPI....
"oi, nak berniaga, tolong jgn sombong lahh! "

ya.. salesgirl itu sgt sombong, bongkak mcm burung gagak. hah, kan dah jadi burung gagak. kui..kui..kui.. ingat kami ni sengkek ke? even kalau takde bwk duit beribu pon, duit utk beli baju tu, ada lah!... (isk.. org baru kuar dividen asb dah mengamuk.. kah.. kah.. kah..)

cube kalau die inject, pujuk sy ke, dah lama aku melabur kat perniagaan die tadik.. tapi, sorry naik lorry lah.. dengan rasa mcm sedikit keciwa, sy dan ibu mertuaku pon blah dari kedai die..

cerita org sombong berhenti di situ...

then kami ke jusco pulak.. sy beli kasut idaman (spt di entry yg lepas).. ya! sy sudah jumpa kasut yg sesuai utk dipakai seharian. kasut oh kasut.. i giv u 2 months probation period k! kalau tak sesuai, sy jatuhkan title "kasut idaman" itu.. (apakah?)

kini sy sudah baru nak bercerita tentang topik entry di atas. boleh tak? intro sampai berjela2 macam kain ela. ok.

lepas ke jusco, kami ke saloon rambut utk menjadikan anak sy lebih macho. huhuu. bukan selama ni die tak macho, tp kali ni lagi macho.(oi makcik, jgn puji anak lebey2 daa) saksikanlah detik2 cemas tatkala amoi kedai gunting memotong rambut rafiq..


sebelum kejadian



steady lagi...


OMG! kejendulan mu terserlah



steady lagi




akhirnya.... melalak!!


itu saja cerita budak kecik melalak bile rambutnya digunting. sekian



p/s: bila dengkuran suami dah semakin kuat, mataku pula menjadi semakin layu sehingga tiada tenaga utk menulis... selamat malam semua

3 comments:

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...