~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, January 3, 2011

::: Who am i today :::

::: Siapakah sy ketika dan saat ini? Sy adalah insan biasa yg tgh duk tergolek main laptop atas katil sebelah anak yg sedang tido nyenyak.

Siapakah sy pada hari ini?

1. Supermom kepada seorang bayi lelaki yg makin membesar dan makin masam

2. Isteri mithali (bukan "tali" tapi disebut "sali" ) kepada suami yg semakin demott

3. Pegawai cabok 41 yg memegang sepanduk "sy yg menurut perintah"

4. Masih memberi penyusuan eksklusif kepada bayi comel yg dah nak membesar dan banyak akal

5. Belum mencapai target mengecilkan badan

6. Masih makan banyak utk cukupkan zat

7. Masalah utama yg belum diselesaikan adalah untuk mencari kasut yg sesuai utk pakai seharian

8. Baju kegemaran semakin menjadi pudar akibat kekerapan mengenang jasanya

9. Perkara paling malas dan terpaksa juga buat seharian adalah mencuci 4 botol susu dan pam susu (dengan meleraikan semua komponen) bagi memastikan pencucian yg bersih.

10. Cuba untuk membangun lebih awal pada setiap pagi tapi masih gagal.

11. Fikiran kusut setiap hari memikirkan cara terbaik mendidik anak.

12. Selalu menjerit tatkala si anak terkedek2 merangkak dan mengekor untuk ke dapur dan mencapai segala khazanah di dapur kesayangan.

13. Cuba sedaya upaya menghalang anak untuk bantu mengemas umah.

14. Paling tension bila suami kesayangan berkata yg "abg nak masak telur special" . padahal special itu hanyalah terletak pada telur yg digoreng scramble dgn dicampur kicap manis. (mmg tension sbb bila die dah masuk dapur, sepahnya mcm masak utk satu kampung!)

15. Berusaha mengajar anak untuk menyebut "M.A.M.A" tapi masih gagal kerana die masih belum pandai cakap

16. Memikirkan cara yg terbaik untuk berjimat cermat tapi masih fikir je, tanpa usaha.

17. Masih memakai wallet yg dah agak buruk supaya suami nampak dan die kesian utk belikan wallet baru.. ahaha bolehh tak!!

18. Cuba untuk menjadi garang kepada anak yg tak faham apa itu "garang"

19. Masih memberi alasan "penat" apabila rasa malas untuk masak.

20. Rasa sangat dengki bila si suami bermain laptop dan sy menjaga anak!.. ahahah.. mmg dengki!


Motif 20 reason di atas? Mahu memperbaiki kekurangan diri yg kekadang rasa mcm dah perfect, tp sebenarnya tidak. sbb mmg tak penah perfect. (sy tak rasa perfect itu adalah kunci kejayaan sebenarnya. ia hanyalah perkataan yg membuatkan org rasa terharu sahaja.. )

Inilah saya... seperti di atas (s-d-a)




p/s : siapa pula sy 20 thn akan dtg? dah jadi nenek plak ke? hihihi...

1 comment:

Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...