~ The greatest gift is the sincere heart ~


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Monday, January 31, 2011

::: Berita terkini yang rasa mcm nak share :::


::: Berita terkini yang mmg nak share sebenarnya. Gembira dan sedih. sampai mcm nak nangis. hah. sy tipu. belum nangis lagik..

Minyak RON97 akan naik lagi 10sen. kenapa ini jadi berita terkini? sebab ramai yang mengeluh. sy bukan mengeluh, tp bercerita. kenapa org yg tidak guna RON97 pon sibuk mengeluh? sebab nak menggempakkan cerita atau bersimpati dgn nasib orglain yang guna minyak itu. eh, bukan minyak jenis tu utk org kaya2 ke? kenapa nak bersimpati plak? *berfikir* ... atau mungkin lepas ni harga brg2 akan naik. sbb tu ramai yg mengeluh. Bagi sy, minyak naik ke, tak nak naik ke.. sy tetap sama. masih menggunakan kereta dan tidak menaiki basikal ke tempat kerja. bukan tak mau kisah... sebabnya adalah sy guna RON95. hah! itulah sebabnya sy buat dek jep... sbg penjawat awam, sy tak mao komen pape. sbb nanti kena buang kerja. hihihi... terima kasih kerajaan, berikan rezeki utk sy berkhidmat demi negara. ;p

Krisis di Mesir. Jauh nye aku berfikir malam ni, sampai ke mesir. bukan apa, waktu keje kat kl dulu, sy sentiasa amik berat pasal student MARA di luar negara. maklumlah, mesir adalah antara negara yg menjadi favor kepada student2 SPC MARA. erm, harap2 semua pelajar berada dalam keadaan yang baik. siann dieorg. harap pihak berkenaan dpt buat sesuatu lah. bawa saja mereka pulang.. (terfikir lagik.. ada baiknya sy tak belajar di over da sea. yelah, mcm2 kemungkinan samada baik @ buruk boleh berlaku. dan sebenarnya.. mmg sy tak layak pon.. kah.. kah.. kah.. kah..)

Hujan emas di negeri org, hujan lebat di negeri sendiri. huhsss.. mmg lebat pon hujan sekarang.. berdoa pada Allah supaya dipelihara keluarga sy daripada sebarang mcm bencana yang tidak diingini. otw ke ofis tadik ade pokok tumbang. jalan yg biasa dilalui terpaksa ditutup. mungkin angin kuat sgt malam td. dan yg paling tak best bila hujan adalah, baju tidak kering dan terpaksa dijemur di bawah kipas yg dibuka selaju no. 5 . hanya anak sy saja yg suke hujan. sebab bila dihantar ke umah pengasuh samada pegi / balik, sy dukung bersama payung dan beg galas.. bila diletak saja ke car seat dia akan meronta2 untuk didukung dan dibawa jejalan di bawah hujan sambil membawa payung dan beg galas. hurmmm... dgn tangan yg lenguh, sy kena dukung die sambil membawa payung dan bag galas, bersiar2 mengikut jalan yg agak jauh sebelum ke kereta.. huhsssss... memang sy akan mengeluh panjang sebab penat! (motif ayat diulang2 adalah untuk menyatakan betapa real nya sy beraksi spt super woman. )

dan yang terakhir tp bukan paling akhir adalah .. sy mau bercerita ttg seorang budak yg sgt kemaruk untuk berjalan walaupun masih terhuyung hayang. hihih... ya, anak sy sudah pandai jalan. walaupun agak kelakar, tp bg kami, "kelakar" itu adalah comel. yelah org dewasa takkan jalan terhuyung hayang (kecuali org dewasa yg mabuk/ pening)..hihihi... pasni bolehlah mama bwk rafiq pegi playground k..



p/s : knp baju yg sama saja dipakaikan?? sbb baju yg lama (size kecil) masih muat dan baju yg baru dibeli (size besar skit) tak muat lagikk utk dipakai.. ahahahah.. ya! anak sy mmg comel (comel di sini membawa maksud "tidak besar" ) sekian

Saturday, January 29, 2011

::: Ibunya kini terasa jakun melihat itu dan ini:::::

::: Hello. Sy di KL rite now. spending time together2 ngan family comel sy. actually dtg nak celebrate birthday aina yang dah terlepas sebenarnya. sambut di kl sebab mau jalan2 dan ramai sedara di sini.

Bertolak seawal 7.30pagi. sampai terus kami ke Gardens dan Midvalley. yess. sy suke ke ctu. sgt syyiioookkkkk.. membeli brg2 yg tak dpt di jb.. ahahah.. esp utk my baby attire. no mothercare, no GAP, no pumpkin patch, no charles & keith.. ahahaha.. iya.. itulah sebabnya sy melepaskan gian.

birthday aina di sambut di Duta Vista Executive Suite. tido di sini satu malam. esok balik!! hoyeeaahhh... ramai tetamu yg hadir. ok.. biarlah gambar yg berbicara..








ho.. ho.. ho.. nak tau tak apa hasil tangkapan sy sewaktu shopping di Gardens? sy telah....
berjaya membelikan rafiq 3 pasang baju bersize lebih besar drp size sebenar untuk dipakai semasa his first birthday party.. (apakah?) oit cik kak.. birthday die, 4 bulan lagik la..
ya.. memang betul, cume perasaan eksaited yg terlebey menyebabkan nafsu membeli menguasai pemikiran normal... kah kah kah..

p/s: sy memang begitu... ;p

Sunday, January 23, 2011

::: Hati keras mcm batu, hati cair mcm ais :::

::: Apa rasa bile terpaksa bertungkus lumus demi kerjaya tatkala anak tidak sehat. Fuhh.. memang mendukacitakan. Degil. nak jugak uruskan program anjuran ofis di Tangkak. yelah ada VVIP dtg utk rasmi program. (leh selit dlm SKT hujung tahun)huhu. Tapi, meninggalkan anak sendirian bersama suami terchenta amat tidak patut bagi seorang ibu spt sy. Keraskan hati dan perasaan ni jugak melangkah keluar umah dan start kereta memecut laju ke Tangkak. dalam hati mmg ada taman. tp ketika itu hati sy berkeras untuk ke sana. (sbg org penting, barang2 penting untuk dibawa ke sana semua ada pada sy).

sebelah malam pulak, ada dinner di Batu Pahat. hurrrmmm.. sbg AJK yg bertugas memastikan jemputan seramai 500 org akan hadir, sy berkeras untuk pergi.

sampai je di Tangkak, ES call bgtau rafiq menangis tak henti. tak mau diletak. didukung saja. sampai tido pon di bahu ayah. siannnnnyeee....

di situ hati saya mula menjadi cair mcm ais. memikirkan keadaan anak dan bapak yang tidak keruan di rumah. selesai majlis di tangkak, terus pecut pulang ke jb. selalunya perjalanan ke tangkak ambil masa 2 jam. smalam sy drive kete memecut 140km/j. drive tanpa henti. menahan semua rasa yg ada. perjalanan hanya amik masa 1jam setengah. setiba di rumah, melihat anak tgh menangis memang sgt sayu.. bila didukung je.. uweeeekkkk... hadiah buat mama. habis baju korporatku.. terima kasih anak menghadiahkan sesuatu yg masam buat sy.



apa pun, mujur tak tinggalkan dieorg sampai malam. atau mungkin sy akan menyesal. bak kata pantun, sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna.

T___T

Friday, January 21, 2011

::: Cakap Tidak Serupa Bikin :::

::: Ayoyo... apakah yg terjadi. tidak usah cakap kalau ianya tidak ditepati. sila klik SINI.

Pasti semua nak tau apakah sudah terjadi. Berlaku pada diri sendiri. Maaf ye semua. Saya hanya insan kerdil yang mengeluarkan kata2 tanpa berfikir panjang dan lurus.

Fuuuhhh... surprise.

DSLR sudah dibeli. ahahahaha.. (tu lah aritu ko kutuk kamera cenggini kat post lepas.. skrg, ko dah pakai dah... ) huhs.. terkena btg hidung sendiri. Pasni kami lah yang menonggeng dan meniarap sambil mengambil gambar insan tersayang ye.. pastu pasni kami lah yang menggendong beg besar gedabak.. kah.. kah.. kah..

Semua ini adalah gara2 kami termakan hasutan uncle kedai yang sgt pandai mengambil hati dan mencairkan hati kami utk membeli DSLR. kami ke kedai tersebut just untuk bertanya tentang kamera SONY yang diidamkan. tp malangnya kamera idaman SONY tersebut menjadi bahan kutukan uncle kedai ini. Siap promo baikk punye... berejam kami di situ. nasib ko lah uncle. kami dah berjaya melaburkan uwang ke kedai kamu. itulah hasilnya jika memberi servis tip top pada customer. (jom ramai2 jadi salesman). eh, pulak dahh

Harga? RM2750. Model EOS 500D. Include: free tripod (normal price RM138) , free lens cleaner , remote controller, bag camera, 2x 4GB memory card, lens protector, hard screen protector(bukan jenis yg plastic), voucher cuci gambar (RM60), lifetime service FAQ thru phone and direct to him. jom ramai2 jerit... WAAAAA... banyak kan kami dpt free..

itulah yang menyebabkan kami menjadi yakin dan mcm kena pukau sekejap dek layanan yang baik oleh uncle itu. siap suh sy jadi model di kedai die dan amik gambar lagik. berkeping2 lak tu. *bangga kejap* leh suggest lah kat kekawan yg nak beli camera. kedai nye terletak di Sutera Mall JB.




Bila sampai di rumah, masih try and test camera baru. yg kelakarnya kami masih belum tau gunakannya secara total. sy plak? asyik tekan snap sahaja tanpa men"setting" kan camera tersebut mengikut function2 yang best2. sebab banyak sgt butang. jd aku pon tak faham. sekian. ahahahahah

Saturday, January 15, 2011

::: Mengidam ini !! :::

::: Sy sangat mengidam ini. Perlukah "membodek haram" ES kesayangan. Tunggu durian runtuh lah bulan dua nanti baru nak bodek. Kenapa perlu beralih arah kepada benda alah ini? sebab function die sgt best. Full HD video lagik. itu yg best. leh tgk video yg dirakam dan saat2 terindah yg tiada ternilai boleh ditonton di screen tv nanti. yg penting full HD. asyik ulang je. Mmg betul itu saja kelebihannya. Kenapa bukan DSLR yang dikatakan kamera idaman sebelum ini? Sebab besar gedabak. sy bukan photographer proffesional. Perlu tertonggeng2, meniarap dan memanjat untuk mendapatkan angle yg terbaik. Sy cuma perlu menekan snap dan memfokus muka comel insan2 tersayang sahaja. function lebih baik drp DSLR dan sgt muat diletakkan ke dalam handbag comel sy, tanpa menambah beban untuk menggendong beg tambahan utk isi kamera.

Sudahpun survey di Jusco siang tadi. ES saya pon telah tunjuk minat. Signal baik kah itu? atau die saja nak memberi dan menaruhkan harapan kpd isteri terchenta? sudah dipegang dan dicuba display camera kat kedai sony. mmg ku sudah jatuh cinta. Ohhh.. tidak tertahan hati ini dan perasaan membuak dan meledak utk mendapatkannya.


Description:

Body with SEL1855 lens (Black)

Enjoy true photographic quality with the 14.2MP Exmor™ APS HD CMOS Sensor and interchangeable-lens versatility. Featuring intuitive user interface, Full HD movie recording and Sweep Panorama for effortless panoramic shooting.

  • 14.2MP Exmor™ APS HD CMOS Sensor
  • Interchangeable-lens versatility
  • Full HD movie recording
  • 3D Sweep Panorama
  • Tilt-able 3” (16:9) Xtra Fine LCD with TruBlack
  • Included with multi-purpose SEL1855 zoom lens

Standard Retail Price:
RM 2,699.00 *

Nama scientific adalah "E-Mount Camera NEX-5 . Nama bukan scientific pula adalah "E-Gunung Kamera" ahaha. takda takda. Panggil saja NEX5. untuk model ini hanya ada dua color. satu silver dan satu hitam. Mine (dalam anganan) is blackie. ahaha. boleh tak! tapi kalau untuk NEX-3, ada banyak color. merah pon ada. sgt chantek wokeh. Tp NEX-3 tiada HD video. Mine (dalam anganan) mahukan NEX-5. hoyeahhh..

Lense leh tukar2. sama mcm DSLR. SONY telah men"target market" kan kamera model spt ini khas buat insan2 di luar sana yg mahukan kamera lebih kecil dan comel. mcm sy. ok.. ok.. jgn baling kerusi. ;p

tunggu saja lah. dpt menjadi kenyataan ataupun tidak. yg penting inilah yang diidamkan.


p/s : semoga sy bermimpi NEX-5 malam ini.


Friday, January 14, 2011

::: What a bad day :::

::: what a bad day for me yesterday.. incident yg tidak diingini berlaku pada wktu pagi. Location: office kesayangan. Apa yg berlaku?

Saya terpelecok.

Pergh.. pas kena tu, rasa mcm nak pitam. Ini bukan terpelecok yg biasa2 tu wokehh.. ini yg sakit gilerrr baban punye.. jalan dah tak betul. mmg sakit lah. semalam mintak ES tolong urut. tp siap pesan jgn urut kuat sgt, nanti sakit. Last2 die sapu minyak saja. bila bangun pagi tadi dah bengkak wokehh. masih bertahan ke office. rafiq ES hantar sebab sy takleh dukung die sambil jalan. kaki masih sakit. lunch hour tadi at 12 noon sy pegi urut kat kedai bwh office ni. perrgghhh... memang SAKIT GILERRR kakak tu urut. bile rasa sakit tu rase mcm nak pitam naik kat kepala.

Sekarang jalan masih tidak stabil. rasanya kalau org kate terseliuh tu mmg mcm tak sakit. tp cuba lah rase sendiri!. sekarang ni jugak tgh sakit kepala memikirkan kesakitan baru lepas urut td. sakit kepala sampai takleh buat keje lah. org call pon ckp mcm nak taknak saja. bukan sy ni manja. tp mengada. hahss.. sy mengada sebab sy sakit. itulah kesimpulannya. :::

Monday, January 10, 2011

::: His new haircut ! :::

::: Hari yg indah, tenang lagi tenteram. tanpa mengangkat phone di office, tanpa menghadap file2 yg bertimbun, tanpa melihat skrin komputer di office. yeahhh! sy masih cuti!** jom lompat** lompat***

Cuaca di ipoh harini sgt chantekk. Mood bershopping jugak chantekk. 1st destinantion adalah ke bank utk hapdate asb. ahaha. itu pon mau cerita ka? mestilah, "itu uwang, wa mau pegi joli maaa..." takde.. takde.. takde.. niat di hati utk menshopping tingkap sahaja.

Kami ke greentown mall ipoh. kami ? (kami itu bermaksud saya, ES, MIL dan BIL)... sambung balik, tempat ni ala2 mcm angsana, jb. tempat org melayu membeli dan membelah. di sini, niat hati sy yg suci murni ni nak beli tudung dan nak beli baju kurung ready made. jalan punye jalan ada berkenan baju kurung (material kain from bandung). mmg sgt chantekk. hanya kedai die sahaja yg ade jual baju kurung spt itu. TAPI....
"oi, nak berniaga, tolong jgn sombong lahh! "

ya.. salesgirl itu sgt sombong, bongkak mcm burung gagak. hah, kan dah jadi burung gagak. kui..kui..kui.. ingat kami ni sengkek ke? even kalau takde bwk duit beribu pon, duit utk beli baju tu, ada lah!... (isk.. org baru kuar dividen asb dah mengamuk.. kah.. kah.. kah..)

cube kalau die inject, pujuk sy ke, dah lama aku melabur kat perniagaan die tadik.. tapi, sorry naik lorry lah.. dengan rasa mcm sedikit keciwa, sy dan ibu mertuaku pon blah dari kedai die..

cerita org sombong berhenti di situ...

then kami ke jusco pulak.. sy beli kasut idaman (spt di entry yg lepas).. ya! sy sudah jumpa kasut yg sesuai utk dipakai seharian. kasut oh kasut.. i giv u 2 months probation period k! kalau tak sesuai, sy jatuhkan title "kasut idaman" itu.. (apakah?)

kini sy sudah baru nak bercerita tentang topik entry di atas. boleh tak? intro sampai berjela2 macam kain ela. ok.

lepas ke jusco, kami ke saloon rambut utk menjadikan anak sy lebih macho. huhuu. bukan selama ni die tak macho, tp kali ni lagi macho.(oi makcik, jgn puji anak lebey2 daa) saksikanlah detik2 cemas tatkala amoi kedai gunting memotong rambut rafiq..


sebelum kejadian



steady lagi...


OMG! kejendulan mu terserlah



steady lagi




akhirnya.... melalak!!


itu saja cerita budak kecik melalak bile rambutnya digunting. sekian



p/s: bila dengkuran suami dah semakin kuat, mataku pula menjadi semakin layu sehingga tiada tenaga utk menulis... selamat malam semua

Sunday, January 9, 2011

::: 10 bulan dihatiku :::

::: Salam semua. My lalings arini dah 10 bulan tau. ho.. ho.. ho..

10 months milestones :~~~~

~ die sudah pandai clap his hands
~ sudah gigit ngan gomol ayah ;p
~ baru nak belajar pegang botol tp sekejap je
~ sudah berdiri dan bertatih 2,3 tapak
~ berdiri sambil clap2 hands
~ sudah ada 5 batang gigi. gigi atas 3, bawah 2.. gigi atas mmg gigi kapak lah.. besauu

anak sudah 10 bulan. kejap je masa berlalu. saya? masih sama seperti dulu. terasa rindu kat muka comel rafiq tatkala baru dilahirkan ke dunia. tak lama lagik die dah setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun... hurrmmm..

bila tgk anak membesar di depan mata, setiap pergerakkan dan kemajuan die dikongsi sekampung. (kalau boleh nak bgtau satu dunia) terasa jakun tgk anak tepuk tgn, anak dah pandai berdiri, dah tumbuh gigi. kalau boleh semua benda nak bgtau org. yelah, rasa ke'happy'an tu mmg kena share. (sharing is caring atau sharing is kepoh"ing") hihihihi

sy kini berada di ipoh. cuti sehingga selasa. bestnya! lompat*lompat* lupa sekejap masalah kerja. tenang skit. rafiq lama dah tak jumpe opah ngan tok wan die. habis di gomol2. suke lah tu .. skrg ni ES saya sedang mencari dan mengukur jalan di bandar ipoh yg dirindui nya.. ahaha.. rafiq plak dibawa opah ke umah jiran. sy plak, bersantai depan tv sambil layan internet.. kih..kih..kih...

kite layan gambar budak 10 bulan ni.. jom..




Monday, January 3, 2011

::: Who am i today :::

::: Siapakah sy ketika dan saat ini? Sy adalah insan biasa yg tgh duk tergolek main laptop atas katil sebelah anak yg sedang tido nyenyak.

Siapakah sy pada hari ini?

1. Supermom kepada seorang bayi lelaki yg makin membesar dan makin masam

2. Isteri mithali (bukan "tali" tapi disebut "sali" ) kepada suami yg semakin demott

3. Pegawai cabok 41 yg memegang sepanduk "sy yg menurut perintah"

4. Masih memberi penyusuan eksklusif kepada bayi comel yg dah nak membesar dan banyak akal

5. Belum mencapai target mengecilkan badan

6. Masih makan banyak utk cukupkan zat

7. Masalah utama yg belum diselesaikan adalah untuk mencari kasut yg sesuai utk pakai seharian

8. Baju kegemaran semakin menjadi pudar akibat kekerapan mengenang jasanya

9. Perkara paling malas dan terpaksa juga buat seharian adalah mencuci 4 botol susu dan pam susu (dengan meleraikan semua komponen) bagi memastikan pencucian yg bersih.

10. Cuba untuk membangun lebih awal pada setiap pagi tapi masih gagal.

11. Fikiran kusut setiap hari memikirkan cara terbaik mendidik anak.

12. Selalu menjerit tatkala si anak terkedek2 merangkak dan mengekor untuk ke dapur dan mencapai segala khazanah di dapur kesayangan.

13. Cuba sedaya upaya menghalang anak untuk bantu mengemas umah.

14. Paling tension bila suami kesayangan berkata yg "abg nak masak telur special" . padahal special itu hanyalah terletak pada telur yg digoreng scramble dgn dicampur kicap manis. (mmg tension sbb bila die dah masuk dapur, sepahnya mcm masak utk satu kampung!)

15. Berusaha mengajar anak untuk menyebut "M.A.M.A" tapi masih gagal kerana die masih belum pandai cakap

16. Memikirkan cara yg terbaik untuk berjimat cermat tapi masih fikir je, tanpa usaha.

17. Masih memakai wallet yg dah agak buruk supaya suami nampak dan die kesian utk belikan wallet baru.. ahaha bolehh tak!!

18. Cuba untuk menjadi garang kepada anak yg tak faham apa itu "garang"

19. Masih memberi alasan "penat" apabila rasa malas untuk masak.

20. Rasa sangat dengki bila si suami bermain laptop dan sy menjaga anak!.. ahahah.. mmg dengki!


Motif 20 reason di atas? Mahu memperbaiki kekurangan diri yg kekadang rasa mcm dah perfect, tp sebenarnya tidak. sbb mmg tak penah perfect. (sy tak rasa perfect itu adalah kunci kejayaan sebenarnya. ia hanyalah perkataan yg membuatkan org rasa terharu sahaja.. )

Inilah saya... seperti di atas (s-d-a)




p/s : siapa pula sy 20 thn akan dtg? dah jadi nenek plak ke? hihihi...

::: Membeli dan membelah :::

::: Happy New Year!! Selamat Tahun Baru!!

Harini 03.01.2011.. sudah tiga hari di thn baru. Today is my first time at work in year twenty eleven. Mode arini = happy walaupun termasuk ofis lewat 8.02 pagi.. dua minit jep. punch card merah la. (mcm mana nak dpt anugerah kedatangan terbaik.. ;p)

Ok entry kali ni sy nak cerita pasal sesi membeli belah. Sebagai keluarga yg kecil dan bersikap wasatiah iaitu bersederhana, kami mmg membeli belah dengan kaedah yg simple sahaja. eceehh... Kaedah yg simple mcm mana? simple tu sederhana lah. hihihi.. tempat fav utk beli brg dapur? Tesco Bukit Indah. kenapa tidak ke pasar? Yess! sy suke ke pasar. tapi, kalau ke pasar kena pegi berseorangan, mcm mana nak bawak anak, nak bawak encik laki lagi. tp sy mmg suke pegi pasar segar, ikan segar, sayur segar. bile tgk ikan2 segar rasa puas hati betul. Tambah lagik bile tgk ikan yg mulut die ternganga, mata bulat dan besar lagik segar .. brape banyak "segarrrr" daaa...mmg syok betul kalau dpt beli ikan tu. Tp, sejak adanya anak kecik sy tu, terpaksalah berbelanja brg dapur di tesco sahaja. sambil beli brg dapur, leh tgk2 brg2 lain, mainan rafiq lah. oppss.. sila jgn manjakan anak anda.

tp, pernah tak uolls rasa "cair" bile bwk anak pegi jejalan, lalu kat tempat mainan bebudak. peh, mmg cair lah hati ni. anak tak mintak pon mainan. mak bapak yg sebok nak belikan. banyak kali terjadi pada kami. hihihi. spoiled? bukan spoiled, tp sayang. hihi.. camni ke cara tunjukkan sayang pada anak? tak jugak lah.. masing2 ada cara..

Contohnya, semalam jejalan di Jusco, dan kami telah membeli kereta control utk rafiq. oi, ni utk anak ke utk bapak..? ahaha... siap leh memilih kereta control yg paling cantik, menarik dan tertarik.. memang da bomm lah... hihihihihi .. mmg betul lah bapak yg sebok main, anak tukang kejar kereta, macam godzilla mengejar kereta manusia kerdil. ahahahaha

mehh sini mehh tgk pic kami di Tesco dan Jusco..


~ ayah memilih kereta control utk rafiq~


~ ayah pilih mainan, rafiq bersila dan bersantai dalam stroller~



~ ini guna stroller jusco.. saje je guna sebab stroller ni comel ~


~ tapi, sampai lama mana die nak duk kat sini??

hurrmm...

*
*
*
*
*
*
*

taddaa...



at last jadik tempat letak brg... huhuhu... ayah jugak jd mangsa utk dukung rafiq..


p/s : jom main kete control.. (kami jadi jakun dan obses dgn benda alah itu.. ahahah)



Mungkin juga anda suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...